Program ini dirangka untuk mengukuhkan keyakinan, hubungan sesama peserta dan kemahiran berinteraksi melalui pendekatan berstruktur yang merangkumi aktiviti fizikal, mental dan sosial. Peserta dilatih mengurus emosi, membuat keputusan bersama serta meningkatkan daya tahan melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh.
Dimaklumkan bahawa peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus ini tertakluk kepada ketetapan berikut:
Kursus akan dijalankan selama 4 hari 3 malam di INTAN Sabah serta merangkumi aktiviti luar di sekitar daerah Kota Kinabalu/Tuaran.
Peserta hendaklah bebas daripada penyakit kronik dan berkeupayaan melaksanakan aktiviti fizikal yang lasak, memandangkan program ini melibatkan pergerakan yang ketara serta aktiviti berintensiti tinggi. Oleh itu, peserta wanita hamil dan peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai kursus ini. Peserta turut digalakkan memiliki perlindungan insurans yang bersesuaian sepanjang penyertaan.
Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan pada setiap masa sepanjang program. Sehubungan dengan itu, peserta hendaklah menyediakan pakaian sukan yang mencukupi, kasut sukan, serta ubat-ubatan peribadi yang diperlukan.
Senarai semak keperluan kursus akan diedarkan setelah peserta mengesahkan kehadiran melalui pautan https://www.dtims.intan.my/
Peserta diwajibkan melengkapkan penilaian kursus melalui pautan yang sama bagi tujuan pengeluaran Sijil Kehadiran Kursus.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | EKSPLORASI DIRI (ICE BREAKING) | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | PRA-PEMBINAAN KUMPULAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | EKSPLORASI KUMPULAN (PEMBINAAN KUMPULAN) |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | KOMUNIKASI | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | PERSAINGAN | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | EXPLORACE CHALLENGE |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | KEMBARA I | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | KEMBARA II | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | ASAS PERKHEMAHAN I | |
| : | 08.30 Malam - 10.30 Malam | |
| : | ASAS PERKHEMAHAN II |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | PENYATUAN | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | KUPASAN & REFLEKSI |