Carian Kursus

[ BZA0010 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 4/2026 ]

Sinopsis Kursus

Program ini dirangka untuk mengukuhkan keyakinan, hubungan sesama peserta dan kemahiran berinteraksi melalui pendekatan berstruktur yang merangkumi aktiviti fizikal, mental dan sosial. Peserta dilatih mengurus emosi, membuat keputusan bersama serta meningkatkan daya tahan melalui pengalaman pembelajaran menyeluruh.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi;
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi; dan
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi.
Syarat Tambahan

Dimaklumkan bahawa peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus ini tertakluk kepada ketetapan berikut:

  1. Kursus akan dijalankan selama 4 hari 3 malam di INTAN Sabah serta merangkumi aktiviti luar di sekitar daerah Kota Kinabalu/Tuaran.

  2. Peserta hendaklah bebas daripada penyakit kronik dan berkeupayaan melaksanakan aktiviti fizikal yang lasak, memandangkan program ini melibatkan pergerakan yang ketara serta aktiviti berintensiti tinggi. Oleh itu, peserta wanita hamil dan peserta yang mempunyai masalah kesihatan tidak digalakkan untuk menyertai kursus ini. Peserta turut digalakkan memiliki perlindungan insurans yang bersesuaian sepanjang penyertaan.

  3. Peserta dikehendaki memakai pakaian sukan dan kasut sukan pada setiap masa sepanjang program. Sehubungan dengan itu, peserta hendaklah menyediakan pakaian sukan yang mencukupi, kasut sukan, serta ubat-ubatan peribadi yang diperlukan.

  4. Senarai semak keperluan kursus akan diedarkan setelah peserta mengesahkan kehadiran melalui pautan https://www.dtims.intan.my/

  5. Peserta diwajibkan melengkapkan penilaian kursus melalui pautan yang sama bagi tujuan pengeluaran Sijil Kehadiran Kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 17/08/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: EKSPLORASI DIRI (ICE BREAKING)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PRA-PEMBINAAN KUMPULAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: EKSPLORASI KUMPULAN (PEMBINAAN KUMPULAN)
Hari Ke-2 | 18/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOMUNIKASI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PERSAINGAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: EXPLORACE CHALLENGE
Hari Ke-3 | 19/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KEMBARA I
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: KEMBARA II
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: IKHTIAR HIDUP
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: IKHTIAR HIDUP
Hari Ke-4 | 20/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENYATUAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENILAIAN, PENUTUPAN KURSUS DAN PENYAMPAIAN SIJIL