Carian Kursus

Paparan       
Sinopsis Kursus
INTAN telah melaksanakan Langganan Pakej Pembelajaran INTAN-Coursera di bawah Projek Digital Government Competency Development (DGCD) bermula 2022. INTAN-Coursera merupakan platform pembelajaran digital secara dalam talian yang boleh diakses di mana-mana pada bila-bila masa.

Platform pembelajaran INTAN-Coursera ini berupaya memberi manfaat kepada penjawat awam antaranya:

  1. Belajar mengikut kemampuan sendiri mengikut masa yang bersesuaian
  2. Meningkatkan kemahiran secara fleksibel
  3. Belajar daripada pengajar terkemuka dunia; dan
  4. Mengembangkan kemahiran berkaitan kerjaya bagi membantu meningkatkan trajektori profesional.

INTAN-Coursera menyediakan 2,500 lesen setiap tahun sehingga tahun 2025, merangkumi 11 bidang kursus dan menawarkan lebih daripada 3,000 kursus dengan 3 tahap pembelajaran iaitu asas, pertengahan dan lanjutan.

Kesemua kursus boleh diikuti secara percuma dan terbuka kepada penjawat awam.
Objektif Kursus
INTAN-Coursera memberi peluang kepada penjawat awam memperkasa kemahiran dan kompetensi diri seterusnya meningkatkan kerjaya melalui pengalaman pembelajaran transformatif.