Carian Kursus

[ KEA0008 ] Emotional & Spiritual Intelligence [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dijalankan bagi membantu individu mengenal perasaan diri, memotivasi dan mengendalikan emosi diri dengan lebih berkesan. Kawalan emosi serta peningkatan tahap spiritual yang stabil akan boleh membantu individu melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih komited dan sekaligus mewujudkan suasana kerja yang harmoni dan kondusif. Kursus ini akan memberi pendedahan berkaitan aspek berikut:

  • Inventori dan interpretasi diri dan emosi (personal profile).

  • Emosi: ekspresi perasaan dan pemikiran (self awareness).

  • Kuasa minda separuh sedar: kawalan emosi menerusi minda separuh sedar.

  • Aplikasi psikologi positif dan pengurusan emosi.

  • Teknik urus emosi kemahiran empati (LDK).

  • Teknik urus emosi kemahiran motivasi kendiri (LDK).

  • Teknik urus emosi kemahiran interpersonal dan intrapersonal (LDK).

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti tahap kesedaran kendiri berkaitan emosi dan spiritualiti melalui penggunaan ujian psikometrik.
  2. Menerangkan semula lima komponen dalam kebijaksanaan spiritual berdasar kerangka holistik pembangunan sumber manusia.
  3. Mengunakan lima kompetensi (peribadi dan sosial) kebijaksanaan emosi berdasar model Goleman.
Syarat Tambahan

1- Peserta TIDAK PERNAH menyertai Kursus Kebijaksanaan Emosi dan Spiritual anjuran Kluster Pembangunan Profesional dan Etika, INTAN Bukit Kiara sebelum ini.

2- Peserta yang berjaya terpilih perlulah menggunakan komputer/komputer riba yang dilengkapi dengan kamera dan mikrofon yang berfungsi dengan baik. Penggunaan telefon bimbit atau peranti lain adalah TIDAK BERSESUAIAN memandangkan peserta akan menjalani aktiviti bertulis dalam sesi-sesi perkongsian. 

3- Peserta perlu menghadiri setiap slot perkongsian dengan menggunakan NAMA SEBENAR.

4- Mengisi penilaian kursus setelah tamat kursus.

Kegagalan peserta untuk mematuhi syarat-syarat asas ini boleh menyebabkan permohonan kursus seterusnya tidak akan dipertimbangkan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 17/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA KEBIJAKSANAAN EMOSI DAN SPIRITUAL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ESI : KOMPETENSI PERIBADI (KAWALAN EMOSI DIRI & EMPATI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: ESI : KOMPETENSI SOSIAL (KONFLIK & KOMUNIKASI)
Hari Ke-2 | 18/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KENALI PERSONALITI DIRI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KEBIJAKSANAAN SPIRITUAL DAN ETIKA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: DAYA KETAHANAN DIRI & RUMUSAN