Carian Kursus

[ KAA0033 ] Bengkel Literasi Media dan Maklumat dengan elemen AI [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

   Hasil Pembelajaran (learning outcomes)

       1.   Menjelaskan konsep asas AI dan peranan literasi maklumat digital dalam pencarian dan dapatan maklumat yang berkesan.

       2.   Menggunakan platform AI untuk membantu menghasilkan dokumen seperti minit mesyuarat, laporan dan notis.

       3.   Mereka bentuk poster, infografik, dan bahan promosi menggunakan alat AI.

       4.   Mengurus dan melabel koleksi digital dengan lebih sistematik melalui AI.

       5.   Mengenalpasti dan menangani isu etika serta keselamatan data berkaitan AI.

       6.   Menghasilkan lagu dan video promosi perpustakaan secara kreatif menggunakan Generative AI.

 

Objektif Kursus
  1. 1. Memperkenalkan konsep asas AI dan kaitannya dengan literasi maklumat dalam era digital. 2. Meningkatkan kecekapan pustakawan dan petugas perpustakaan dalam melaksanakan tugasan harian melalui penggunaan AI. 3. Memberi latihan praktikal dalam mencipta bahan promosi perpustakaan secara kreatif menggunakan AI. 4. Membimbing peserta mengenai pengurusan koleksi dan metadata secara pintar dan automatik. 5. Menyedarkan peserta tentang isu etika, keselamatan data dan cabaran AI dalam pengurusan perpustakaan.
Syarat Tambahan

Setiap peserta yang berjaya dipilih menghadiri bengkel ini wajib bawa bersama-sama komputer riba/lap top untuk kerja dilapangan.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 15/10/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan AI & Literasi Maklumat Digital - Konsep asas AI dan impaknya terhadap pengurusan maklumat - Literasi maklumat dalam era digital
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etika, Keselamatan Data & Cabaran AI dalam Perpustakaan-Isu hak cipta, privasi dan peranan pustakawan dalam era AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Viualisasi Data untuk Pustakawan: Menukar maklumat kepada Insight #Refleksi hari Pertama & Sesi soal jawab
Hari Ke-2 | 16/10/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Generative AI untuk tugasan harian perpustakaan-Penulisan minit, laporan, notis & sinopsis dengan bantuan AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Literasi maklumat untuk pengguna-AI bantu pelajar & penyelidik mencari dan menilai maklumat
: Genarative AI untuk bahan promosi perpustakaan (I) - Reka poster, infografik, kad promosi dengan bantuan AI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Generative AI untuk bahan promosi perpustakaan (II) - Cipta lagu dan video dengan bantuan AI * Refleksi hari kedua & Sesi soal jawab