Carian Kursus

[ KNA0005 ] Kursus Design Thinking Masterclass [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan konsep Design Thinking bagi menyelesaikan masalah dalam pengurusan organisasi.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pendedahan kepada peserta berkaitan konsep Design Thinking bagi menyelesaikan masalah dalam pengurusan organisasi.
    To expose the concept of Design Thinking to participants for solving problems in their organizations.
  2. Menerangkan lima (5) langkah Design Thinking yang membantu menyelesaikan masalah.
    To explain five (5) steps of Design Thinking that can help in problem solving process.
Syarat Tambahan

1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;

2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran di aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;

3. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus setelah mengisi permohonan di sistem DTIMS;

4. Sejumlah RM30.00 perlulah dibayar oleh peserta sebagai yuran pendaftaran kursus secara dalam talian melalui portal DTIMS (Dashboard Pengguna). Resit rasmi akan dikeluarkan melalui sistem setelah pembayaran selesai dilakukan dan para peserta boleh membuat tuntutan semula daripada Kementerian/Jabatan/Agensi/Institusi masing-masing. Semua bayaran yang telah dibuat dan resit telah dikeluarkan, tiada pulangan balik (refund) yang dibenarkan.

5. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.

Modul/Topik
Hari Pertama | 21/01/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA DESIGN THINKING SLOT 1 - EMPATI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: TUGASAN LAPANGAN (EMPATI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SLOT 2 - TAKRIF
: SLOT 3 - JANA
Hari Ke-2 | 22/01/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SLOT 4 - PROTOTAIP
: SLOT 5 - UJI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AKTIVITI TURUN PADANG BERTEMU RESPONDEN DI TTDI, KUALA LUMPUR (UJI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN