Carian Kursus

[ KBA0018 ] Pembinaan Munsyi Muda Bahasa [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa (Perujuk Bahasa) ini merupakan program di bawah “Strategi 5: Mewujudkan Unit Khas Pelaksanaan Bahasa bagi memastikan penggunaan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun dalam kalangan penjawat awam”, dalam rangka Pelan Tindakan Program Kebahasaan Jawatankuasa Kecil Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan 2015 – 2017. Pelan ini telah diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Pelaksanaan Bahasa Kebangsaan Bil.1/2015.  Inisiatif ketiga dalam Strategi 5 ini menjelaskan, “Memberikan latihan kebahasaan formal dan berperingkat kepada pegawai kementerian setiap sektor yang dilantik khas. Pegawai ini akan menjadi Perujuk Bahasa kepada kementerian supaya dokumen rasmi dan bahan bercetak agensi menggunakan bahasa Melayu yang baik, betul dan santun serta mahir dalam bidang kebahasaan seperti yang termaktub dalam Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2020: Pemerkasaan Penggunaan Bahasa Kebangsaan dalam Perkhidmatan Awam.

Peserta yang lulus Ujian Kursus Pembinaan Munsyi Muda kelak akan dipanggil untuk mengikuti Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa bagi melayakkan peserta menerima Sijil Penuh Munsyi Muda Bahasa. 

Objektif Kursus
  1. Menggunakan pembentukan kata yang betul bagi perkataan bahasa Melayu yang standard mengikut Kamus Dewan.
  2. Menggunakan pembentukan ayat yang betul dan tanda baca yang tepat dalam dokumen rasmi jabatan.
  3. Mengaplikasikan gaya bahasa dan wacana yang betul dalam penulisan dokumen rasmi kerajaan.
Syarat Tambahan
  1. Calon terdiri daripada gred 19 dan ke atas yang sesuai dengan tugas sebagai Munsyi Muda Bahasa di kementerian/jabatan/agensi berkenaan.
  2. Mempunyai kecenderungan dalam bidang kebahasaan merupakan suatu keutamaan, selain memiliki latar belakang akademik bidang linguistik, bahasa dan sastera Melayu atau mempunyai pengalaman dalam kegiatan kebahasaan.
  3. Peluang permohonan kursus diterima bergantung sepenuhnya kepada urus setia kursus INTAN-DBP.
Modul/Topik
Hari Pertama | 06/03/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Dasar Bahasa Kebangsaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kata: Golongan Kata dan Jenis Kata
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Sistem Ejaan Rumi dan Sebutan
Hari Ke-2 | 07/03/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ayat: Pola Ayat Dasar dan Jenis Ayat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Imbuhan dan Partikel
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penjodoh Bilangan, Kata Bestari dan Penanda Wacana
Hari Ke-3 | 08/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Contoh Kesalahan Tatabahasa
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Sistem Tanda Baca
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kepersisan Bahasa Melayu dalam Penulisan Dokumen Rasmi
Hari Ke-4 | 09/03/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi I: Bahasa Halus dan Sapaan Hormat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kesantunan Bahasa dalam Surat Rasmi II: Laras Bahasa dan Nilai Murni
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Penulisan