Carian Kursus

[ ANDAA0001 ] KURSUS UPSKILLING DESIMINASI TEKNOLOGI TANAMAN KOPI [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi industri tanaman kopi sebagai sumber pendapatan dalam sektor pertanian.
  • Meningkatkan kemahiran peserta dalam teknik penanaman kopi yang betul termasuk pemilihan varieti, penyediaan tanah, penanaman dan penjagaan pokok.
  • Memperkenalkan teknologi dan amalan pertanian moden bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kopi.
  • Memberi pengetahuan tentang pengurusan tanaman kopi termasuk pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta teknik pemangkasan.
  • Mendedahkan peserta kepada kaedah penuaian dan pemprosesan buah kopi untuk menghasilkan produk kopi berkualiti tinggi.
  • Menggalakkan pembangunan usahawan tani dalam industri kopi melalui pengurusan ladang yang sistematik dan berdaya maju
Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi industri tanaman kopi sebagai sumber pendapatan dalam sektor pertanian.
  2. Memperkenalkan teknologi dan amalan pertanian moden bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil kopi.
  3. Memberi pengetahuan tentang pengurusan tanaman kopi termasuk pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta teknik pemangkasan.
Syarat Tambahan
  • Peserta telah mempunyai asas menanam tanaman kopi.
  • Berkomitmen dalam projek tanaman pertanian.
  • Golongan belia diutamakan.
  • Berdaftar dengan Pejabat Pertanian Daerah Yang  berdekatan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 20/04/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 05.00 Petang - 7.00 Petang
: ALIRAN TUNAI TANAMAN KOPI
Hari Ke-2 | 19/05/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: POTENSI & HALA TUJU INDUSTRI KOPI DI MALAYSIA
Hari Ke-3 | 20/05/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AMALAN DAN AGRONOMI DAN PENGURUSAN TANAMAN KOPI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: PENGENALAN DAN PENGURUSAN PENYAKIT DAN PEROSAK
: KESESUAIAN TANAH
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PEMPROSESAN LEPAS TUAI