Carian Kursus

[ SZA0029 ] Kursus Etika Kerja : Peranan Penyelia [ Siri 2/2022 ]

Sinopsis Kursus

1. Kursus ini memberikan para peserta beberapa konsep yang digunakan untuk menambah kemahiran dalam bidang penyeliaan dan peraturan-peraturan yang berkaitan.

2. Kursus ini dianjurkan selama tiga (3) hari dan diadakan secara bersemuka sepenuhnya tanpa mengubah struktur asal program ini. 

3. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja perkhidmatan awam.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti kepentingan pembudayaan etika kerja profesional dalam perkhidmatan awam
  2. Menyenarai peranan Penyelia dalam meningkatkan etika kerja perkhidmatan awam.
  3. Mengaplikasi solusi permasalahan etika kerja perkhidmatan awam
Syarat Tambahan

Semua peserta dikehendaki mematuhi syarat serta peraturan kursus seperti berikut:

1.   Para peserta dimohon untuk melaksanakan perkara berikut :

       1.1.     Melakukan ujian kendiri COVID-19 dalam tempoh 24 jam sebelum pendaftaran dan membawa keputusan ujian  tersebut semasa hari pendaftaran;

       1.2.     Peserta yang mempunyai simptom seperti batuk, selsema atau demam atau positif COVID-19 adalah DILARANG  sama sekali berkursus di IKWAS;

       1.3.     Para peserta yang hadir berkursus hendaklah telah lengkap dua (2) dos vaksin COVID-19 dan mematuhi SOP  yang telah ditetapkan.

2.    Mendaftar masuk setengah jam lebih awal dari masa kursus bermula

3.    Para peserta dimohon untuk menggunakan TANDA NAMA (name tag) semasa menyertai sesi kursus.

4.    Mematuhi masa kursus yang ditetapkan sebagaimana di dalam jadual kursus.

5.    Peserta WAJIB hadir dalam setiap slot. Ketidakhadiran dalam salah satu slot akan menyebabkan secara automatik Penyelia Peserta akan menerima notifikasi ketidakhadiran tersebut secara emel dan  peserta tidak menerima sijil kehadiran serta tidak melayakkan pegawai mendapat Sijil Kursus. Sebab-sebab tidak hadir hanya dibenarkan dan diberi pertimbangan oleh pihak urus setia. Peserta yang telah dipilih menghadiri kursus ini dan tidak dapat hadir, hendaklah mencari pengganti dan memaklumkan kepada urus setia kursus.

6.    Pengurus Program akan memaklumkan kepada penyelia peserta jika didapati peserta tidak hadir dalam slot kursus tanpa pemakluman. Kebenaran tidak hadir dalam mana-mana slot kursus dengan kebenaran tidak akan menyebabkan catatan bahawa para peserta gagal hadir pada keseluruhan kursus

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/09/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT KURSUS
: PEMBENTUKAN MINDA BERETIKA (KUMPULAN)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: ETIKA KERJA PERKHIDMATAN AWAM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PERANAN PENYELIA : PENGURUSAN TATATERTIB
Hari Ke-2 | 13/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: INOVASI DAN KREATIVITI
: LATIHAN DALAM KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LATIHAN DALAM KUMPULAN
Hari Ke-3 | 14/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PERSEMBAHAN KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: RUMUSAN DAN PENILAIAN KURSUS