1. Kursus ini adalah anjuran Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjung Karang di bawah Lembaga Pertubuhan Peladang, Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Teknologi dron telah menjadi suatu pendekatan penting dalam ‘Pertanian Pintar’ atau ‘Smart Farming’ khasnya di dalam industri tanaman padi. Dron dipilih sebagai peranti pilihan kerana relevan sebagai salah satu bentuk penyelesaian kepada pelbagai industri masa kini termasuk pertanian.
2. Kursus ini menawarkan pengetahuan asas mengenai pengendalian drone di dalam pertanian dengan prosedur penerbangan yang betul dan pengetahuan berkaitan undang- undang serta peraturan drone di Malaysia. Selain itu, dalam kursus ini juga diajar teknik penyelenggaraan dron dan jenis-jenis dron yang bersesuaian untuk kegunaan pertanian.
3. Kursus ini terbuka kepada Penjawat Awam, golongan pesara, Ahli Peladang, Usahawan Peladang serta orang awam.
4. Kemudahan makan minum, penginapan peserta disepanjang kursus adalah disediakan. Pihak penganjur tidak menyediakan pengangkutan.
5. Setiap peserta kursus akan menerima Sijil Penyertaan Digital setelah berjaya menamatkan kursus.
6. Peserta perlu memakai pakaian yang bersesuaian semasa di dalam dewan kursus dan semasa sesi latihan amali di jalankan.
7. Peserta akan dikenakan bayaran penyertaan sebanyak RM 360.00 seorang.
Pendaftaran Peserta (Check-In)
Tarikh : 22 Julai 2025 (Selasa)
Masa : 10.00 pagi
Tempat : Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang, Selangor.
Tarikh Keluar (Check-Out)
Tarikh : 23 Julai 2025 (Rabu)
Masa : 4.30 petang
Kadar Bayaran
Kadar bayaran kursus adalah sebanyak RM 360.00 seorang. Semua bukti pembayaran hendaklah dikemukakan kepada Institut Pengurusan Peladang (IPP) Tanjung Karang. Semua Pembayaran hendaklah dijelaskan selewat-lewatnya pada 14 Julai 2025 (Isnin) kepada akaun berikut :-
Nama Akaun : Institut Pengurusan Peladang Tanjung Karang
Nama bank : CIMB ISLAMIC
No. Akaun : 8602612176
No. Telefon : 019-4735876
Kehadiran Peserta
Peserta perlu mengesahkan pembayaran kursus dan status kehadiran ke kursus kepada pihak IPP Tanjung Karang di talian 019 - 4735876 (IPP Tanjung Karang). Kegagalan peserta untuk menghadiri kursus ini akan menyebabkan bayaran kursus yang telah dibuat tidak akan dikembalikan. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, tuan/puan boleh menghubungi Encik Ariff Safwan Bin Mohd Suffian - 012 - 3165002 / Puan Mazlin Binti Razali - 014 - 2321923, pegawai di IPP Tanjung Karang, Selangor.
Masa/Sesi | Topik | ||
---|---|---|---|
SESI 1 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari | |
: | ICE BREAKING DAN MODUL 1: PENGENALAN KEPADA DRONE | ||
SESI 2 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang | |
: | MODUL 2 : KONSEP PENERBANGAN DAN SOP DRONE | ||
: | MODUL 3 : PENERBANGAN MINI DRONE | ||
SESI 3 | : | 05.00 Petang - 7.00 Petang | |
: | MODUL 4 : CARA BANCUHAN RACUN PEROSAK | ||
: | MODUL 7 : PRAKTIKAL APLIKASI PENERBANGAN 'DRONE' (MANUAL) | ||
SESI 3 | SESI 4 | : | 08.30 Malam - 10.30 Malam |
: | MODUL 8 : PENJAGAAN DAN PROSEDUR LESEN 'DRONE' |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MODUL 5 : PENERANGAN BERSAMA AGROBANK | |
: | MODUL 6 : PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN MISI (SISTEM) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MODUL 7 : PRAKTIKAL APLIKASI PENERBANGAN 'DRONE' (MAPPING) | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | MODUL 7 : PRAKTIKAL APLIKASI PENERBANGAN 'DRONE' (A - B POINT) | |
: | KESIMPULAN DAN SESI Q&A |