Carian Kursus

[ DDA0097 ] Kursus Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Pusat Latihan dan Pembangunan Pengembangan (PLPP) Wilayah Timur, Besut, Terengganu akan menganjurkan Kursus Pengurusan Tatatertib Dalam Perkhidmatan Awam secara dalam talian pada 16-17 Jun 2025.

Objektif Kursus
  1. Memberikan pendedahan dan pengetahuan tentang jenis-jenis pelanggaran tatakelakuan yang boleh diambil tindakan tatatertib serta jenis hukuman dibawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam.
  2. Meningkatkan kemahiran pengurusan tatatertib menurut prosedur, peraturan dan pekeliling yang berkaitan.
  3. Menanam sifat bertanggungjawab dan kepatuhan terhadap prosedur, peraturan dan pekeliling dalam menguruskan proses tindakan tatatertib.
Syarat Tambahan

TERBUKA KEPADA KAKITANGAN DAN KADER JABATAN PERTANIAN MALAYSIA SAHAJA

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/06/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Tatakelakuan dan Larangan Dalam Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Pengurusan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Tatatertib
Hari Ke-2 | 17/06/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Jenis/Kaedah Hukuman
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Implikasi Hukuman Tatatertib
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Hukuman