Carian Kursus

[ ANDAA0002 ] KURSUS DESIMINASI TEKNOLOGI TANAMAN CENDAWAN [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
  • Memberi pendedahan kepada peserta mengenai potensi industri cendawan sebagai sumber pendapatan dalam sektor pertanian.
  • Memperkenalkan teknologi dan amalan pertanian moden bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti hasil cendawan.
  • Memberi pengetahuan tentang pengurusan tanaman kopi termasuk pembajaan, kawalan perosak dan penyakit serta teknik pemangkasan.
  • Mendedahkan peserta kepada kaedah penuaian dan pemprosesan cendawan untuk menghasilkan produk cendawan berkualiti tinggi.
  • Menggalakkan pembangunan usahawan tani dalam industri cendawan melalui pengurusan ladang yang sistematik dan berdaya maju
Objektif Kursus
  1. Memahami asas penanaman cendawan, termasuk jenis-jenis cendawan yang sesuai diusahakan.
  2. Mengenal pasti keperluan persekitaran bagi pertumbuhan cendawan seperti suhu, kelembapan dan pengudaraan.
  3. Mengaplikasikan teknik penjagaan, penyelenggaraan dan penuaian cendawan dengan betul.
  4. Mengaplikasikan teknik penjagaan, penyelenggaraan dan penuaian cendawan dengan betul.
  5. Meningkatkan kemahiran peserta untuk memulakan atau mengembangkan perusahaan cendawan secara komersial.
Syarat Tambahan
  • Peserta telah mempunyai asas mengusahakan cendawan.
  • Berkomitmen dalam projek tanaman pertanian.
  • Golongan belia diutamakan.
  • Berdaftar dengan Pejabat Pertanian Daerah Yang  berdekatan.
Modul/Topik