Carian Kursus

[ KEA0006 ] Kursus Integriti dan Tadbir Urus Terbaik dalam Pengurusan Kewangan Kerajaan [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Menerangkan mengenai isu-isu perlanggaran integriti dan tatakelola yang dilaporkan dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara demi meningkatkan kesedaran para penjawat awam terhadap kepentingan mempunyai tahap integriti dan akauntabiliti yang tinggi dalam Perkhidmatan Awam. Di samping itu, kursus ini bakal berkongsi mengenai punca-punca berlakunya rasuah, salah guna kuasa dan ketidakpatuhan kepada peraturan kewangan awam yang berkuatkuasa serta kesan-kesan buruk kepada diri sendiri, keluarga dan masyarakat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kriteria pegawai yang mengamalkan akauntabiliti ketika mengurus kewangan.
  2. Membuat perbandingan pengetahuan mahupun kemahiran ketika menangani permasalahan berkaitan integriti kewangan.
  3. Mengenal pasti kepimpinan yang mengamalkan tadbir urus yang baik dan berintegriti dalam mengurus kewangan.
Modul/Topik
Hari Pertama | 20/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti Penjawat Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Laporan Ketua Audit Negara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kesan Minda Ke Atas Kesalahan Rasuah
Hari Ke-2 | 21/08/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Rasuah dan Salah Guna Kuasa oleh Penjawat Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Tindakan Tatatertib bagi Kes Pengurusan Kewangan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penilaian