Carian Kursus

[ KRB0001 ] BENGKEL PENULISAN KAJIAN KES PERKHIDMATAN AWAM [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Penulisan kajian kes merupakan satu pendekatan pembelajaran yang membolehkan peserta menggunakan pengalaman, kemahiran dan kreativiti dalam menyelesaikan sesuatu masalah. Penggunaan kajian kes menggalakkan peserta turut terlibat secara aktif dalam proses pembelajaran dengan kerjasama, bertukar-tukar pendapat dan saling berinteraksi. Kajian kes yang baik akan membantu proses pembelajaran menjadi lebih cekap dan berkesan.

Menghasilkan kajian kes yang baik dan bermutu memerlukan usaha dan komitmen yang tinggi. Ia juga memerlukan kemahiran tentang teknik dan proses tertentu dalam penulisannya.

Bengkel ini bertujuan untuk mendedahkan peserta dengan jenis-jenis kes, bagaimana menilai kes-kes serta mengetahui teknik dan proses penulisannya. Dengan pengalaman ini, peserta dapat menghasilkan sendiri kes yang bermutu untuk digunakan dalam program latihan di Institut/Jabatan masing-masing.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan penggunaan kaedah kes untuk tujuan latihan dan pembelajaran
  2. Mengamalkan kemahiran dan teknik penulisan dalam proses menulis kajian dan panduan mengajarnya
  3. Menghasilkan satu kajian kes dan panduan pengajaran untuk tujuan latihan dan pembelajaran
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan
  • Peserta akan dipilih berdasarkan cadangan kertas kajian;
  • Peserta diwajibkan untuk menghasilkan satu kajian kes pada akhir bengkel;
  • Sijil akan diberikan setelah peserta menghantar kajian kes.

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 28/02/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN KEPADA BENGKEL
: KAEDAH KES DAN JENIS KES (THE CASE METHOD AND TYPES OF CASES)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYELIDIKAN KES (CASE RESEARCH)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PROSES PENULISAN KAJIAN KES (THE CASE WRITING PROCESS)
Hari Ke-2 | 01/03/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PROSES DAN TATACARA MENYEDIAKAN KAJIAN KES DAN PANDUAN PENGAJARAN (CONVENTION OF CASE WRITING)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBAIKAN KES DAN PENYUNTINGAN (CASE REFINEMENT AND EDITING)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENYEDIAAN PANDUANG PENGAJARAN (PREPARATION OF A TEACHING GUIDE)