Carian Kursus

[ KCA0051 ] Kursus RBTCS: IT Change Management Foundations [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Peserta kursus akan didedahkan kepada prinsip, peranan dan model pengurusan perubahan dalam bidang ICT. Topik-topik di dalam kursus ini adalah berdasarkan Change Management Body of Knowledge (CMBOK) yang memberi penekanan kepada pengurusan perubahan pada peringkat individu dan organisasi. Selain itu, amalan untuk mengekalkan perubahan yang berterusan termasuk strategi dan libat urus pihak yang berkepentingan akan ditekankan. 

 


 
Objektif Kursus
  1. Menerangkan bagaimana impak perubahan kepada seseorang individu dan cara bagaimana memberi respons kepada perubahan tersebut
    Explain how individuals are impacted by change and different ways they may respond to change situations
  2. Menghuraikan elemen penting dari proses penglibatan pihak berkepentingan dalam inisiatif perubahan, dan kaitan dengan strategi komunikasi yang sesuai
    Describe significant elements of the stakeholder engagement process in a change initiative, and relate this to appropriate communications strategies
Syarat Tambahan
  1. Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Bukit Kiara sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.
  2. Kelulusan Ketua Jabatan diperolehi oleh peserta semasa borang pengesahan kehadiran DTIMS dimuatnaik.
  3. Peratus kehadiran peserta adalah 100% tanpa gagal.
  4. Kamera telefon bimbit atau komputer perlu sentiasa dalam mod aktif yang menunjukkan imej hidup (live image) kehadiran peserta sepanjang kursus.
  5. Nama sebenar dan singkatan nama kementerian, jabatan atau agensi hendaklah dinyatakan.
  6. Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursusLink ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  8. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  9. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window dan emel.
  10. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/09/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topic 1: A Change Management Perspective Topic 2: Defining Change
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Topic 3 Managing Benefits Topic 4: Stakeholder Strategy Topic 5: Communication and Engagement
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Topic 6: Change Impact Topic 7: Change Readiness, Planning and Measurement
Hari Ke-2 | 14/09/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Topic 8: Project Management Topic 9: Education and Learning Support
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Topic 10: Facilitation Topic 11: Sustaining Systems
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Topic 12: Personal and Professional Management Topic 13: Organizational Considerations