Carian Kursus

[ ICB0045 ] AI UNTUK MEDIA: PELAPORAN DAN KANDUNGAN UNTUK PENGAMAL MEDIA CINA [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini direka khusus untuk pengamal media bahasa cina  yang bertujuan untuk mendalami peranan AI dalam industri media. Melalui gabungan teori dan aplikasi praktikal, peserta akan mempelajari cara AI digunakan dalam pelaporan berita, pengurusan kandungan, analisis data dan interaksi dengan khalayak. Kursus ini juga akan membincangkan trend terkini dalam media bahasa cina termasuk penggunaan AI serta bagaimana teknologi ini boleh diaplikasikan dalam konteks media bahasa cina di Malaysia.

Objektif Kursus
  1. Peserta akan berupaya untuk: i. Menguasai aplikasi kecerdasan buatan (AI) dalam bidang kewartawanan, untuk menghasilkan kandungan berita secara automatik, penciptaan ringkasan kandungan yang efektif, serta pembangunan idea kreatif untuk penulisan yang lebih dinamik khususnya dalam konteks media bahasa cina.
  2. Mempelajari penggunaan teknologi terjemahan berasaskan AI seperti DeepL dan Google Translate AI untuk menghasilkan terjemahan pantas kandungan pelbagai bahasa serta penyesuaian gaya bahasa mengikut sasaran khalayak.
  3. Aspek etika dan perundangan dalam penggunaan AI media akan diberikan penekanan khusus dimana peserta mengenal pasti dan mengurangkan bias algoritma dalam pemilihan sumber berita dan penyampaian kandungan.
  4. Meneroka peluang dan cabaran AI dalam media bahasa cina di Malaysia.
Syarat Tambahan

PESERTANYA TERDIRI DARIPADA PENGAMAL MEDIA BERBAHASA CINA 

Modul/Topik
Hari Pertama | 05/05/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: MODUL 1: PENGENALAN KEPADA AI DAN AI GENERATIF
: MODUL 2: PENGENALAN KEPADA LLMS
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 3: PENJANAAN KANDUNGAN
: MODUL 4: PENJANAAN KANDUNGAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MODUL 5: TERJEMAHAN AI MULTI BAHASA
: MODUL 6: IMEJ JANAAN AI DALAM KEWARTAWANAN: POTENSI, RISIKO, DAN BATASAN ETIKA
Hari Ke-2 | 06/05/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SHARING SESSION BY MAJLIS MEDIA MALAYSIA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: MODUL 5: PROJEK APLIKASI AI DALAM PENGHASILAN KANDUNGAN BERITA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PROJEK AKHIR / EDITING / PRESENTATION