Carian Kursus

[ TZA0001 ] Kursus Pengukuhan Pasukan [ Siri 3/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kerja berpasukan merupakan tulang belakang sesebuah organisasi terutamanya apabila melibatkan sesebuah organisasi yang besar dan mempunyai rantaian kerja yang kompleks.

Tanpa hubungan yang kukuh dalam kalangan ahli kumpulan, sudah pasti akan menjejaskan hala tuju dan pencapaian matlamat sesebuah organisasi.

Selaras dengan itu, pelaksanaan Kursus Pengukuhan Pasukan kolaborasi bersama Jabatan Keselamatan dan Kesihataan Pekerjaan Negeri Kelantan adalah untuk meningkatkan kesepaduan tindakan bersama ahli pasukan bagi mencapai matlamat dengan berkesan.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti konsep peringkat pembentukan kumpulan atau Group Development Stages oleh Bruce Tuckman dengan tepat di dalam pembangunan jabatan/organisasi
  2. Menerangkan kepentingan komunikasi lisan dan bukan lisan yang berkesan bagi mengelakkan konflik di jabatan/organisasi: dan
  3. Mengenal pasti kepentingan budaya kerja berpasukan sebagai satu elemen penting dalam pengurusan organisasi
Syarat Tambahan
  1. Penganjuran kursus ini melibatkan banyak pergerakan dan aktiviti fizikal. Oleh itu, mana-mana peserta yang mempunyai masalah kesihatan yang kronik tidak digalakkan untuk menyertai aktiviti ini.
  2. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
  3.  Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
  4.  Para peserta dikehendaki berpakaian sukan yang lengkap dan sesuai semasa berkursus. Peserta lelaki dikehendaki memakai T-shirt berkolar. Bagi peserta wanita dikehendaki berpakaian sukan yang sopan. Para peserta juga dikehendaki memakai tag nama yang digunakan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.
  5. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
  6.  Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
  7. Penginapan di dalam INTAN Kampus Wilayah Timur adalah tidak disediakan.  Sejumlah RM30 akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus (Kadar yuran bagi peserta swasta tempatan dan Syarikat Berkaitan Kerajaan, GLC ialah RM300.00: tanpa penginapan dan RM420 : termasuk penginapan).; dan
  8. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Modul/Topik
Hari Pertama | 01/09/2025 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT PESERTA DAN TAKLIMAT MADANI
: Eksplorasi Diri (Ice Breaking)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pra Pembinaan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Eksplorasi Kumpulan (Pembinaan Kumpulan)
Hari Ke-2 | 02/09/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mini Explorace
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kreativiti dan Kepimpinan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Komunikasi & Persaingan
Hari Ke-3 | 03/09/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Simulasi Kembara/Kembara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kembara
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Ikhtiar Hidup
Hari Ke-4 | 04/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyatuan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penilaian, Penutupan Kursus dan Penyampaian Sijil