Carian Kursus

[ KBA0019 ] Pemantapan Munsyi Muda Bahasa [ Siri 1/2021 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pemantapan Munsyi Muda Bahasa ini merupakan kursus susulan yang WAJIB dihadiri oleh peserta Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa yang telah melepasi Ujian Pemantapan Bahasa DBP. Hanya peserta yang berjaya menghadiri kursus ini sepenuhnya sahaja yang layak ditauliahkan sebagai Munsyi Muda Bahasa Perkhidmatan Awam.

 

Objektif Kursus
  1. Mengaplikasikan laras bahasa dan wacana yang betul dalam penulisan laporan, kertas cadangan, memo dan minit mesyuarat.
  2. Mengaplikasikan penggunaan struktur ayat, tanda baca dan binaan kata yang tepat bagi penulisan laporan, kertas cadangan, memo dan minit mesyuarat.
Syarat Tambahan

Hanya peserta yang telah menghadiri Kursus Pembinaan Munsyi Muda Bahasa dan melepasi tapisan Ujian Pemantapan Bahasa DBP sahaja yang layak memohon kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 20/09/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penulisan Dokumen Rasmi: Laporan dan Kertas Cadangan
Hari Ke-2 | 21/09/2021 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penulisan Dokumen Rasmi Kerajaan: Memo dan Minit Mesyuarat