Carian Kursus

[ UZA0028 ] Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengurusan Gangguan Seksual di Tempat Kerja (secara dalam talian) bertujuan untuk memberi kesedaran awam mengenai pengurusan salah laku gangguan seksual dan tindakan pencegahan di tempat kerja. 

Objektif Kursus
  1. Mentafsir definisi dan menyenaraikan jenis-jenis perlakuan gangguan seksual di tempat kerja;
  2. Menyenaraikan kesan, langkah pemulihan dan program pencegahan yang boleh diamalkan oleh organisasi untuk mencegah kes gangguan seksual di tempat kerja; dan
  3. Menerangkan prosedur pengendalian kes-kes gangguan seksual di tempat kerja oleh Pengadu atau Pihak Ketiga, Unit Integriti, Pegawai Psikologi dan Ketua Jabatan berdasarkan Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 5 Tahun 2018 dan Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 (P.U.(A) 395/1993)
Syarat Tambahan
  • Kursus ini akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
  • Peserta mestilah mempunyai kelengkapan komputer/web cam/audio yang menyokong pembelajaran atas talian dan talian internet yang stabil untuk menyertai kursus ini dari tempat masing-masing. 
  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 52.
  • Pegawai yang bertugas di Unit / Jabatan Pengurusan Sumber Manusia adalah digalakkan untuk memohon kursus ini.
  • Permohonan akan dibuka DUA BULAN sebelum tarikh kursus.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan keperluan tugas hakiki peserta dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.
  • Penawaran kursus bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 22/03/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA : PEKELILING PERKHIDMATAN BIL 5 TAHUN 2018 (PP5/2018)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TERGANGGU, DIGANGGU, MENGGANGGU? KENALI GANGGUAN SEKSUAL (PP5/2018)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KESAN, LANGKAH PEMULIHAN DAN PROGRAM PENCEGAHAN (PP5/2018)
Hari Ke-2 | 23/03/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PROSEDUR PENGENDALIAN KES GANGGUAN SEKSUAL DI TEMPAT KERJA (PP5/2018)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: KETERANGKUMAN DAN SENSITIVITI GENDER
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: APAKAH HAK ANDA? UNDANG-UNDANG MALAYSIA
Hari Ke-3 | 24/03/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIHAN DAN PERBINCANGAN DALAM KUMPULAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PEMBENTANGAN KUMPULAN