Penjawat awam diseru memegang nilai H.E.M.A.T, yang merujuk kepada kewaspadaan dalam tindakan serta ketelitian dalam pelaksanaan segala tugas yang diamanahkan, sebagai panduan dalam menyampaikan perkhidmatan bermutu kepada rakyat. Ini selaras dengan seruan oleh Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Tan Sri Wan Ahmad Dahlan bin Haji Abdul Aziz.
Namun sejauh mana pemahaman kita mengenainya?
Ayuh sertai kursus Kursus Pembudayaan H.E.M.A.T Penjawat Awam bagi membolehkan kita sama-sama memahami aspirasi kepimpinan tertinggi perkhidmatan awam demi memberikan yang terbaik kepada rakyat.
Terbuka kepada semua penjawat gred 1-14 (SSPA).
Terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 1-14 (SSPA).
Semua peserta dikehendaki berpakaian pejabat (tanpa tali leher), atau berbaju korporat jabatan atau boleh juga berbaju batik Malaysia lengkap dengan tanda nama.
Penginapan disediakan di INTAN Kampus WIlayah Utara, Sungai Petani, Kedah bagi yang memerlukan..
Sarapan, minum pagi dan makan tengah hari akan disediakan.
Makan malam tidak disediakan.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Taklimat Kursus | |
| : | Pengenalan HEMAT | |
| : | H - Hijrah Tatakelola | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | E - Empati | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | M - Minda Pekin & A - Apresiasi Inovasi |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | T - Telus Tadbiran | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Aktiviti Kumpulan | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pembentangan Kumpulan dan Penutup |