Carian Kursus

[ KCA0038 ] Kursus Fundamentals of Enterprise Architecture [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Keterangan Kursus

Enterprise Architecture (EA) adalah suatu pendekatan untuk mendefinisikan sesebuah organisasi merangkumi pelbagai domain yang berbeza dengan menggunakan kaedah yang berstruktur. EA dipacu oleh peningkatan penggunaan teknologi yang berterusan dalam sebuah organisasi dan seterusnya memberikan kesan yang besar terhadap integrasi dan kerjasama di antara business entity. EA diguna pakai sebagai satu amalan untuk penentuan strategik dan penyelarasan keupayaan Bisnes dan ICT bagi sesebuah organisasi melalui pemahaman, penyelarasan dan perancangan aktiviti.

Menyedari tentang kepentingan EA, MAMPU telah membangunkan rangka kerja (framework) dan metodologi EA yang dinamakan MyGOVEA untuk diguna pakai oleh agensi sektor awam di Malaysia. Kursus ini membolehkan peserta memahami konsep asas EA dan MyGOVEA sektor awam serta memberi gambaran umum bagaimana untuk membangunkan artifak EA dalam bentuk rajah mengikut Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan fasa-fasa dalam metodologi MyGOVEA dengan betul mengikut Panduan MyGovEA: Pelaksanaan Pendekatan Reka Bentuk Berstruktur Ekosistem Organisasi Perkhidmatan Awam.
  2. Mengaplikasi cara menggunakan metamodel pada viewpoints dengan betul mengikut nota yang diberikan semasa latihan
  3. Menterjemahkan secara lisan rajah EA yang diberikan semasa latihan berdasarkan elemen Archimate 3.1 dengan jelas.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada semua penjawat awam Gred 41 - 56

Modul/Topik
Hari Pertama | 12/09/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction To EA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: EA Implementation In Agency
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MyGOVEA Framework
Hari Ke-2 | 13/09/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: EA Modelling Language Exercise
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: MYGOVEA Viewpoints and Metamodel
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: MyGovEA Methodology
Hari Ke-3 | 14/09/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modelling Architecture & Exercise
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Exercise and Discussion
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Presentation