Carian Kursus

[ WZA0019 ] Program Transformasi Minda [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Punca kuaca PTM adalah dari Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 14 Tahun 2012 yang menjelaskan mengenai pelaksanaan PTM sebagai satu daripada syarat pengesahan dalam perkhidmatan bagi menggantikan Kursus Induksi. Bahagian Perkhidmatan, Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) merupakan pemilik kursus ini. Kandungan kursus serta slaid ceramah dibangunkan oleh pihak JPA dan dikongsikan kepada semua agensi pelaksana.

Objektif Kursus
  1. Memberi pendedahan kepada pegawai mengenai konsep kenegaraan, prinsip dan falsafah pembentukan negara, sistem pentadbiran kerajaan serta peraturan-peraturan asas perkhidmatan awam
  2. Memupuk keperibadian, jati diri dan nilai patriotisme pegawai supaya lebih berketerampilan dan berkemampuan menyesuaikan diri dalam perkhidmatan awam
  3. Menerapkan nilai budaya kerja cemerlang agar pegawai dapat memberikan penyampaian perkhidmatan dengan cekap serta berkesan
  4. Menyediakan pegawai dengan minda kelas pertama selaras dengan matlamat ke arah negara maju
Modul/Topik
Hari Pertama | 31/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran dan Taklimat Kursus
: Sistem Pentadbiran Negara
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Psikologi & Taklimat Psikologi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Integrasi Kumpulan)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengenalan Kepada Pengucapan Awam)
Hari Ke-2 | 01/08/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pemikiran Kritis dan Inovatif)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Peraturan Pegawai & Perintah-Perintah Am)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Imej dan Ketrampilan Diri)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengucapan Awam (Latih Amal)
Hari Ke-3 | 02/08/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan dan Tanggungjawab Penjawat Awam (Tatakelakuan dan Tatatertib Penjawat Awam)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Integriti
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Overview Perkhidmatan Awam dan Pengenalan Kepada Laluan Kerjaya
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengucapan Awam (Latih Amal)
Hari Ke-4 | 03/08/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengurusan Keselamatan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengurusan Aduan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Budaya Kerja Kelas Pertama (Pengurusan Pelanggan)
: 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Pengucapan Awam (Latih Amal)
Hari Ke-5 | 04/08/2023 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Ujian Pemahaman
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persediaan Penutupan Program
: Majlis Penutupan Program & Penilaian Kursus