Carian Kursus

[ KCA0182 ] LATIHAN UNTUK JURULATIH: JURULATIH KECERDASAN BUATAN (AI) BERTAULIAH [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Latihan untuk Jurulatih: Jurulatih Kecerdasan Buatan (AI) Bertaulian (Train The Trainer: Certified AI Trainer) merupakan inisiatif strategik pembangunan kapasiti tenaga pengajar AI dalaman bagi menyokong peranan INTAN sebagai Centre of Excellence (COE) Latihan Kecerdasan Buatan (AI) Sektor Awam bagi tempoh 2026 hingga 2030. Kursus ini dirancang khas untuk melatih dan mengiktiraf tenaga pengajar INTAN sebagai Master Trainer AI.

Silibus:

Hari 1: Data Intelligence & Strategic Analytics – Pengenalan kepada risikan korporat pemikiran AI, analisis kes perniagaan serta penterjemahan data kepada keputusan strategik.

Hari 2: Open Knowledge Systems & AI Research Acceleration – Metodologi penyelidikan mendalam bertaraf lanjutan, analisis literatur, dan penyediaan bahan pengajaran berasaskan hasil penyelidikan.

Hari 3: AI-Enhanced Multimedia & Digital Content Engineering – Pembangunan kandungan digital, pemasaran, dan penghasilan media pembelajaran berasaskan AI (audio, video, dan visual).

Hari 4: AI-Augmented Web Development & Smart Applications – Pembangunan aplikasi perisian web pintar, sistem latihan/pembelajaran interaktif, serta reka bentuk prototaip.

Hari 5: Domain-Specific AI Applications & Workplace Productivity – Automasi tugasan pejabat, penyediaan minit mesyuarat automatik, aplikasi khusus sektor, serta penilaian ujian pensijilan.

Objektif Kursus
  1. Melahirkan kumpulan tenaga pengajar INTAN yang kompeten, berwibawa dan diiktiraf di peringkat industri (melalui pensijilan standard MIMOS Academy) untuk bertindak sebagai Master Trainer AI INTAN.
  2. Memperkasa tenaga pengajar dalaman INTAN secara komprehensif dengan aplikasi dan alatan (tool) AI yang praktikal untuk mereka bentuk dan menyampaikan kursus-kursus AI yang berimpak dan berpacukan hasil dengan penuh keyakinan.
  3. Memastikan penyampaian ilmu AI kepada penjawat awam dilaksanakan menggunakan silibus dan kurikulum yang seragam, berkualiti dan terkini.
Syarat Tambahan

1. Kursus ini terbuka kepada warga Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) gred 9 - 14 (SSPA) / gred 41-54 (SSM) sahaja.

2. Peserta adalah WAJIB mengisi Borang Penilaian Pencalonan ini selewat-lewatnya pada 13 Oktober 2026. https://forms.gle/ZzmjnRc8SBG2rWrq5

Modul/Topik
Hari Pertama | 02/11/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI Driven Corporate Intelligence and Corporate Case Study
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: SME Growth Analytics and Financial Intelligence
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AI-Assisted Strategic Decision Making and Trainer Practice
Hari Ke-2 | 03/11/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Open Knowledge Systems and Advanced Deep Research Methodologies
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AI for Literature & Knowledge Analysis, Smart Agro Analytics and Academic Performance Analytics
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Research-to-Teaching Translation and Trainer Practice
Hari Ke-3 | 04/11/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI Creative Content Generation, NanoBanana and Generative AI for Marketing
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: AI Architectural Visualisation, Automated Video Production and Automated Audio Production
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Digital Learning Content and Trainer Practice
Hari Ke-4 | 05/11/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Introduction to AI Augmented Web Development, Intelligent Study Kit Development and OHSA Framework
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Smart Travel Planning System, AI Driven Web Personalisation and Cookies & User Behaviour
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: AI Application Prototyping and Trainer Project
Hari Ke-5 | 06/11/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: AI Workplace Productivity, Autonomous Presentation Generation, Meeting Intelligence and Automated Minutes Generation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Legal Intelligence Systems, Automated Assessment and Engineering AI Simulators
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Trainer Demonstration and Certification Examination