Carian Kursus

[ KRD1001 ] BENGKEL PENTERJEMAHAN BUKU KEPIMPINAN INTAN [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Bengkel Penterjemahan Buku Kepimpinan INTAN pada 16 -17 Julai 2026 (Khamis - Jumaat) secara fizikal bagi pegawai INTAN.

Tingkatkan kemahiran terjemahan dan penyuntingan untuk penerbitan buku dalam dwibahasa (Bahasa Melayu & Bahasa Inggeris) yang bermutu tinggi.

Intipati Program:

  • Pengenalan penterjemahan & peria panduan gaya (style guide)
  • Alat bantu & amalan terbaik dalam penterjemahan
  • Bedah manuskrip: bahasa,frasa,gaya & bidang kepimpinan
  • Amali, semakan terjemahan & keseragaman konteks
  • Pembentangan, perbincangan & maklum balas

 

Objektif Kursus
  1. Membangunkan Pasukan Penterjemahan Dalaman INTAN serta meningkatkan keupayaan pegawai menghasilkan terjemahan berkualiti bagi penerbitan buku dwibahasa
Syarat Tambahan

Terbuka kepada pegawai INTAN :

  1. Pegawai Pengurusan dan Profesional dari Gred SSPA 9 hinggan Gred SSPA 13
  2. Sedang atau terlibat dalam tugasan berkaitan penyelidikan, penulisan, penyuntingan atau penerbitan buku di INTAN
  3. Mempunyai penguasaan yang baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris
  4. Bersedia untuk menyertai Pasukan Penterjemahan Dalaman INTAN bagi menyokong usaha penerbitan karya dwibahasa

 

 

Modul/Topik
Hari Pertama | 16/07/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Penterjemahan I
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Penterjemahan II
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Panduan Gaya ( Style Guide) & Pengenalan Alat Bantu dalam Terjemahan
Hari Ke-2 | 17/07/2026 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Bedah Manuskrip : Bahan, Laras, Gaya, dan Istilah Bidang Kepimpinan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Amali Penterjemahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Semakan Terjemahan dan Keseragaman Konteks , Pembentangan, Perbincangan dan Maklum Balas & Rumusan dan Penutup