Carian Kursus

[ EEA0087 ] PENGUKUHAN GOVERNANS, INTEGRITI DAN ANTIRASUAH [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

KURSUS INI AKAN MENDEDAHKAN PESERTA KEPADA BENTUK KESALAHAN RASUAH, KAEDAH PENCEGAHAN DAN ISU-ISU TATATERTIB PENJAWAT AWAM BAGI MENINGKATKAN KESEDARAN DAN KECEKAPAN TADBIR URUS SEKTOR AWAM

Objektif Kursus
  1. Memahami maksud integriti dan kepentingannya dalam perkhidmatan awam serta kesan perbuatan tidak berintegriti kepada diri sendiri, keluarga, organisasi dan negara
  2. Memahami kesalahan-kesalahan rasuah berdasarkan Akta SPRM 2009 dan memahami kaedah membuat laporan mengenai salah laku, rasuah dan salah guna kuasa
  3. MengetahuÏ bentuk salah laku yang sering berlaku dalam perolehan Kerajaan, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku salah laku melibatkan perolehan Kerajaan
  4. Mengetahui jenis-jenis kesalahan tatatertib yang sering berlaku dalam perkhidmatan Awam, implikasi sekiranya mereka melakukan salah laku dan tindakan yang perlu diambil apabila berlaku kesalahan tatatertib
Syarat Tambahan
  • TERBUKA KEPADA PEGAWAI, KAKITANGAN DAN KADER JABATAN PERTANIAN MALAYSIA SAHAJA
  • PESERTA DIKEHENDAKI MEMPUNYAI KELENGKAPAN KURSUS DALAM TALIAN SEPERTI BERIKUT:
    • KOMPUTER
    • KAMERA WEB
    • MIKROFON KOMPUTER
Modul/Topik
Hari Pertama | 26/03/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Integriti dalam Perkhidmatan Awam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan-kesalahan Rasuah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rasuah dalam Perolehan Kerajaan
Hari Ke-2 | 27/03/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Kesalahan-kesalahan Lazim dalam Perolehan Kerajaan dan Langkah Pencegahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Kesalahan-kesalahan Lazim Tatatertib dalam Perkhidmatan Awam