Sesi Libat Urus dengan Pengusaha Walet berkaitan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 (Zon TENGAH DAN SELATAN) Bil. 3/2025
Pihak Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia (DVS), Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), serta Pengusaha Walet dijemput untuk menyertai sesi libat urus ini bagi membincangkan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0 di Zon TENGAH DAN SELATAN.
sesi libat urus bersama pengusaha walet berkaitan 1GP, ikut zon (4 sesi); zon TENGAH DAN SELATAN. Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2024 ditambah baik daripada penerbitan sebelum ini dengan memberi penekanan kepada aspek kelestarian pembangunan agar ianya selaras dengan piawaian kemampanan dan keperluan semasa. Pengukuhan garis panduan ini adalah berdasarkan usaha sama dengan pelbagai pihak berkepentingan bagi memastikan pembangunan industri burung walet dibuat secara teratur dan terancang.
TIADA PENGINAPAN DISEDIAKAN.
Makan minum: disediakan semasa program
PENDAFTARAN ID PREMIS PENGUSAHA WALET MELALUI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET:
A. Link Sistem MyWalet https://mywalet.dvs.gov.my/;
- Retrieved ID atau daftar baharu, minta ambil gambar yg diperlukan utk upload terus dalam sistem (format jpeg)
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Pemerkasaan Garis Panduan Industri Burung Walet (1GP) 2.0: Peningkatan Standard dan Amalan di Zon TENGAH DAN SELATAN |