Malaysia kini berada di barisan hadapan dalam mendepani cabaran ketelusan maklumat pada era transformasi digital yang serba dinamik. Kepantasan penyebaran maklumat melalui media sosial, yang kini diperkasakan lagi dengan integrasi pelbagai aplikasi Kecerdasan Buatan (AI), mewujudkan landskap komunikasi yang kompleks. Situasi ini menuntut pegawai komunikasi di sektor awam untuk lebih adaptif dalam menguruskan naratif kerajaan agar kekal relevan dan berintegriti di mata pemegang taruh yang pelbagai. Justeru, pemerkasaan kemahiran dalam bidang AI, pengurusan media sosial, kemahiran menghasilkan kandungan digital dan pengurusan teknikal media sosial adalah penting untuk kakitangan agensi kerajaan.