Carian Kursus

[ UZA0010 ] Kursus Protokol, Etiket Sosial dan Pengurusan Majlis [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini bertujuan untuk memberikan kefahaman berkaitan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis

 

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan teori dan amalan protokol serta etiket sosial dalam pengurusan majlis
  2. Mengaplikasi kaedah dan tata cara protokol serta etiket sosial yang betul
  3. Mengenalpasti teknik dan tips menjadi pengacara majlis dan pembaca doa yang baik
  4. Mengaplikasikan hala cara mengurus pelbagai majlis berasaskan konsep dan amalan protokol sejagat
Syarat Tambahan

Keutamaan akan diberikan kepada peserta yang terlibat di dalam penganjuran majlis atau hal ehwal protokol dalam jabatan.

SYARAT TAMBAHAN - DTIMS

Surat Tawaran Kursus ini hanya akan diterima oleh peserta yang telah berjaya dipilih.

Peserta sudah sedia maklum kursus ini dijalankan secara atas talian dengan menggunakan Platform ,iaitu Zoom Meeting (Zoom)

Semua peserta dikehendaki memasuki "Group WhatsApp" untuk memudahkan dan melancarkan lagi kursus yang akan dijalankan kelak  

PESERTA YANG TELAH DIPILIH UNTUK MENGHADIRI KURSUS DALAM TALIAN 

1. Tuan/Puan boleh memuat naik sendiri Borang maklum balas kehadiran melalui portal www.dtims.intan.my atau emel kepada rosita@intura.intan.my ataau intandaud@intura.intan.my

sebelum atau pada 10 Jan 2021.

2. Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Utara secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.

3. Hendaklah log in kepada Zoom Meeting pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus dan hendaklah menggunakan NAMA serta GAMBAR SEBENAR pada profil untuk memudahkan urusan pendaftaran dan kehadiran peserta.

4. Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

5. Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui ruangan chat.

6. Mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat.

7. Semua peserta perlu memiliki kemudahan webcam dan audio untuk mengikuti kursus ini. Kursus akan dijalankan secara atas talian 100%.

8. Semua peserta dikehendaki untuk sentiasa berada dalam keadaan siap siaga semasa kursus dan tidak menutup webcam sepanjang tempoh kursus berjalan.

9. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 10/01/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: 20 Elemen Protokol - 15 Elemen Etiket - 16 Elemen Pengurusan Majlis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengendalian Majlis Rasmi & Penghasilan SOP Jawatankuasa
Hari Ke-2 | 11/01/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Susunan Keutamaan Persekutuan, Susunan Tempat Duduk dan Panggilan Hormat
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Etiket Sosial & Keterampilan Diri Dalam Majlis
Hari Ke-3 | 12/01/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Peranan Pegawai Protokol/ Pegawai Pengiring/ Penyambut Tetamu
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan Atur Cara Pentadbiran - Persediaan Simulasi Pengurusan Majlis