Carian Kursus

[ EAA0105 ] KURSUS TEKNIKAL PENGURUSAN PENTERNAKAN TENUSU (UPSKILIING-PP) [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah anjuran Institut Veterinar Malaysia adalah terbuka kepada pegawai pengembangan DVS yang berumur 18 tahun ke atas dan masih berkhidmat bagi meningkatkan kemahiran dan pengetahuan berkaitan pengurusan penternakan tenusu.

Objektif Kursus
  1. Mengetahui pengurusan kawal selia pengurusan pemakanan dalam industri tenusu Malaysia dan memahami tujuan pengurusan pemakanan ternakan tenusu di ladang
  2. Mengetahui perkaitan anatomi terutamanya sistem penghadaman ruminan tenusu dengan pengurusan pemakanan ternakan
  3. Mengetahui nutrisi penting dalam rangsum makanan ternakan tenusu mengikut kumpulan/peringkat pembesaran ternakan tenusu dan memahami kepentingan setiap nutrisi
  4. Mengetahui masalah yang akan timbul akibat pengurusan pemakanan ternakan tenusu yang tidak baik
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus ini perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  1. Yuran kursus adalah percuma.
  2. Kursus ini hanya dibuka untuk 25 peserta yang memenuhi syarat kelayakan yang telah ditetapkan.
  3. Penginapan sepanjang kursus tidak disediakan dan semua peserta perlu mengatur penginapan masing-masing.
  4. Makan dan minum sepanjang kursus adalah disediakan kecuali makan malam (Sarapan pagi, Minum Pagi, Makan Tengahari dan Minum Petang)
  5. Peserta perlu hadir ke kelas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum program bermula
  6. Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi bersama penceramah dan dengan peserta lain.
  7. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui group whatsapp kursus.
  8. Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan juga SPLV 2.0  bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 28/09/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Overview Industri Tenusu di Malaysia dan prestasi ternakan tenusu IVM
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Potensi Mafriwal IVM
: Pengurusan Ternakan Tenusu (TEORI) (kandang,anak cerai susu,dara,induk bunting)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Ternakan Tenusu (TEORI) (induk perah,ADG, rekod,personel dan jentera)
Hari Ke-2 | 29/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Prosedur dan Penilaian Pengurusan Kambing Tenusu (AMALI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prosedur dan Penilaian Pengurusan Ternakan Lembu Tenusu dan KerbauTenusu(AMALI)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Prosedur Pengurusan Pengeluaran Susu dari proses pemerahan,penyimpanan,peralatan dan pengurusan rekod yang berkaitan(TEORI)
Hari Ke-3 | 30/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: HACCP (Hazard Analysis Critical Control Point) dalam pengurusan ternakan tenusu (TEORI)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengurusan Makanan (TEORI) dan Penilaian Pengurusan Ternakan Tenusu IVM