Carian Kursus

[ UZA0002 ] Kursus Pengurusan Pelanggan [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus Pengurusan Pelanggan (Secara Dalam Talian) ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 dalam aspek Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan secara berkesan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan sekurang-kurangnya dua (2) tugas dan tangungjawab sebagai penyelia atau pengurus perkhidmatan pelanggan yang cekap dan berbudi bahasa
  2. Menyenaraikan kepentingan perkhidmatan pelanggan dari persepsi pelanggan atau orang awam
Syarat Tambahan
  • Kursus ini akan dilaksanakan secara dalam talian (online).
  • Peserta mestilah mempunyai kelengkapan komputer/web cam/audio yang menyokong pembelajaran atas talian dan talian internet yang stabil untuk menyertai kursus ini dari tempat masing-masing. 
  • Kursus ini terbuka kepada semua penjawat awam dari gred 11 hingga 32.
  • Keutamaan diberi kepada pegawai yang terlibat dalam pengurusan pelanggan dan perkhidmatan kaunter. 
  • Permohonan akan dibuka DUA BULAN sebelum tarikh kursus.
  • Pemilihan peserta adalah berdasarkan keperluan tugas hakiki peserta dan had bilangan peserta bagi satu-satu jabatan/ agensi.
  • Penawaran kursus bagi peserta yang berjaya akan dilakukan SEBULAN sebelum tarikh kursus.
Modul/Topik
Hari Pertama | 25/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KONSEP PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PERKHIDMATAN KAUNTER DAN TELEFON BERKUALITI
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: HUBUNGAN INTERPERSONAL
Hari Ke-2 | 26/05/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: KOMUNIKASI BERKESAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: IMEJ SEBAGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: "MYSTERY SHOPPING"