Carian Kursus

[ KCA0120 ] Kursus Pembangunan Bahan Kursus EPSA Menggunakan Ms PowerPoint [ Siri 2/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah kursus terbuka dan merupakan kesinambungan dari Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus EPSA® yang merupakan pra-syarat bagi agensi-agensi yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus EPSA®. Peserta yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus EPSA® bagi agensi digalakkan membawa slide mengajar/bahan kursus masing-masing. Peserta akan diberi bimbingan dan penerangan mengenai pembangunan bahan kursus agar pembangun modul mematuhi Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan secara ringkas garis panduan, proses, dan struktur standard bagi pembangunan bahan kursus EPSA®.
  2. Mengaplikasikan fungsi teknikal MS PowerPoint dan iSpring dalam mereka bentuk serta menyusun elemen multimedia bahan kursus EPSA®.
  3. Menggunakan keupayaan alat kecerdasan buatan (AI) untuk menghasilkan elemen multimedia seperti suara latar (Voice Over), imej dan montaj video kursus.
Syarat Tambahan

Terbuka kepada agensi yang berminat untuk membangunkan bahan kursus EPSA®. Keutamaan penyertaan akan diberikan kepada peserta yang telah mengikuti Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus EPSA® dan mempunyai kemahiran asas dalam penggunaan Microsoft PowerPoint. Dipohon untuk menyatakan jika pernah mengikuti kursus tersebut dalam permohonan kursus ini.

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/10/2026 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA® serta proses dan struktur bahan kursus EPSA®
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Proses Pembangunan Bahan Kursus EPSA® • Pematuhan Kepada Reka bentuk Teknikal Bahan Kursus EPSA® • Pengenalan kepada pakej SCORM
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Instructional Design • Concept Design • Hands-on: Converting Lesson Map into Storyboard Content Development • Creating Content using Microsoft PowerPoint • Working with slide master
Hari Ke-2 | 20/10/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint. • Header • Text • Graphic • Shapes • Icon • Hands on: Working with text, graphic, Shapes and Button
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint • Hyperlinks • Animation / Montage • Do’s and Don’t’s • Hands on: Working with Hyperlinks and Montage
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Slide Properties • Manage Narration • Hands On: Voice Over, Music Background and Navigation setting
Hari Ke-3 | 21/10/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Quiz • Player
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pembangunan Bahan Kursus Menggunakan Ms PowerPoint dan Perisian iSpring • Publishing Content and SCORM Packaging • Hands-on: create your own content
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persembahan Pembangunan Bahan Kursus