Carian Kursus

[ UZA0050 ] Kursus Kenali Personaliti Perkhidmatan Berkualiti (Dry-Run) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini merupakan satu kaedah untuk kita memahami corak pemikiran individu dan seterusnya kita dapat mengenalpasti cara individu tersebut bertingkahlaku. Dengan memahami corak pemikiran tersebut, proses komunikasi kita lebih mudah kerana kita sudah mengetahui bentuk motivasi yang diperlukan dan persekitaran yang bagaimana invidivu tersebut boleh menjadi lebih produktif dalam menjalankan tugasan yang diberikan. Kursus ini dilaksanakan selama 3 hari yang melibatkan semua modul ceramah dan bengkel untuk memberi peserta kefahaman dan boleh bertukar pandangan mereka berkomunikasi di pejabat dengan subordinat dan juga pihak pengurusan. Kursus ini juga menggunakan kaedah pembelajaran dalam bilik darjah, perbincangan dan persembahan

Objektif Kursus
  1. Menerangkan faktor-faktor yang mempengaruhi seseorang berkomunikasi dan bertingkahlaku dalam urusan harian
  2. Menjelaskan kepentingan penggunaan bahasa dalam proses komunikasi dan membentuk tingkahlaku kepada sesebuah organisasi
  3. Menjelaskan keadaan diri seseorang individu di dalam sesuatu situasi bagi membantu membentuk arahan yang jelas di dalam sesuatu tugas
Syarat Tambahan

Kursus ini dijalankan secara bersemuka dan terbuka kepada semua pegawai gred 19 hingga gred 40 sahaja.

Modul/Topik
Hari Pertama | 24/07/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi dan Minda
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Siapa saya? Siapa Mereka?
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan Kumpulan
Hari Ke-2 | 25/07/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Personaliti dan Tingkahlaku
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Motivasi dan Tingkahlaku
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perbincangan Kumpulan
Hari Ke-3 | 26/07/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi Berpengaruh
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Perbincangan Kumpulan dan Penutup