Carian Kursus

[ IIA0107 ] Kursus MPSAS dan Penggunaan Modul Perakaunan Akruan Aset 1GFMAS [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus
Kursus MPSAS dan Penggunaan Modul Perakaunan Akruan Aset iGFMAS Aset Alih bertujuan meningkatkan pengetahuan dan kefahaman peserta mengenai konsep Perakaunan Aset selaras dengan Malaysian Public Sector Accounting Standards (MPSAS) serta penggunaan Modul Perakaunan Aset dalam Sistem iGFMAS.

Kursus ini merangkumi pengenalan perakaunan aset, pengurusan data induk aset, pengisian laporan perbezaan baki aset, proses pindahan, pelupusan, aset dalam penyelesaian, pengelasan aset serta isu-isu penemuan audit.

Kursus turut memberi pendedahan melalui sesi ceramah dan latihan amali (hands-on) bagi memastikan peserta dapat mengaplikasikan penggunaan modul iGFMAS dengan betul di jabatan masing-masing.
Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman konsep Perakaunan Aset dalam pelaksanaan Perakaunan Akruan Kerajaan dan penggunaan Modul Perakaunan Aset.
  2. Menjelaskan polisi-polisi dan tatacara Perakaunan Aset Kerajaan.
  3. Menerangkan mengenai transaksi yang melibatkan aset termasuk data induk aset, transaksi aset, aktiviti aset dan lain-lain yang berkaitan serta berantara-muka dengan sistem PTJ/agensi lain dan kepentingan kedudukan aset dalam Penyata Kewangan.
  4. Meningkatkan pengetahuan dan kefahaman tentang penggunaan modul perakaunan dalam Sistem iGFMAS.
Syarat Tambahan
TERMA & SYARAT / MAKLUMAT TAMBAHAN

1. Kursus akan dijalankan di Makmal Komputer,
Institut Latihan Pengembangan Pertanian (ILPP) Serdang.

2. Peserta hendaklah hadir mengikut jadual kursus yang
telah ditetapkan dan merekodkan kehadiran bagi setiap sesi.

3. Kehadiran minimum 80% adalah diwajibkan bagi melayakkan
peserta menerima sijil penyertaan.

4. Peserta hendaklah memastikan ID Pengguna dan kata laluan
Sistem iGFMAS adalah aktif sebelum menghadiri kursus bagi
membolehkan sesi latihan amali (hands-on) dilaksanakan dengan lancar.

5. Peserta akan menggunakan komputer yang disediakan di
makmal komputer sepanjang sesi latihan amali.

6. Peserta hendaklah mematuhi peraturan penggunaan
makmal komputer serta menjaga kemudahan dan peralatan yang disediakan.

7. Sebarang perubahan jadual, penceramah atau fasilitator
adalah tertakluk kepada pihak penganjur.
Modul/Topik
Hari Pertama | 11/08/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Perakaunan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengisian Laporan Perbezaan Baki Aset Bermasalah
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Data Induk iGFMAS: Kemaskini
Hari Ke-2 | 12/08/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul AA iGFMAS: Pindahan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Modul AA iGFMAS: Pelupusan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Modul AA iGFMAS: Aset Dalam Selesaian (1GFMAS)
Hari Ke-3 | 13/08/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Modul AA iGFMAS: Pengelasan Aset
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Isu Penemuan Audit & Soal Jawab