Carian Kursus

[ EAA0023 ] SEMINAR PROGRAM PEMANTAPAN PEMAHAMAN SISTEM KEPASTIAN KUALITI BERSAMA PENTERNAK DAN PENGUSAHA SARANG BURUNG WALET DAN LATIHAN SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET BIL.3/24 (TERBUKA) [ Siri 1/2024 ]

Sinopsis Kursus

P/S: TEMPAT AKAN DIMAKLUMKAN KEMUDIAN (SEREMBAN, NEGERI SEMBILAN)

  1. Bagi meningkatkan pemahaman penternak dan pengusaha premis sarang burung walet. Program five in one (5 in 1) ini melibatkan aktiviti seminar / taklimat kepada pengusaha dan auditor, khidmat nasihat kepada pengusaha, pemeriksaan pengauditan di lapangan, pengambilan sampel dan pemilihan premis untuk pencalonan penerima insentif bagi program pensijilan myGAP. 
  2. Program pembangunan kapasiti dan peningkatan kesedaran amalan pertanian baik (myGAP dan myOrganic).
  3. Program kesedaran kepada kumpulan sasar. Fokus DVS adalah kepada pembangunan myGAP walet.
  4. Pelaksanaan program ini adalah selaras dengan Sistem Daya Jejak yang menggunakan Teknologi Blockchain sebagai langkah mengukuhkan lagi keyakinan pengguna sehingga ke peringkat global.
  5. Latihan ini mempraktikkan penggunaan aplikasi baru Sistem Blockchain MyWalet dalam pendaftaran premis dan menjejak produk sarang burung bermula dari perladangan sehingga ke pengeksportan sarang burung walet.
  6. Menguasai dan menganalisa data dengan cepat dan tepat dengan menggunakan aplikasi Sistem Blockchain MyWalet.
Objektif Kursus
  1. Menggalakkan pengeluaran ternakan mapan & industri tambah nilai
  2. Meningkatkan daya saing menerusi penghasilan ternakan sihat dan bebas penyakit serta produk yang berkualiti dan selamat
  3. Program pembangunan kapasiti dan peningkatan kesedaran amalan pertanian baik (myGAP dan myOrganic)
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Syarat Tambahan:

  1. Pencalonan dibuka kepada: semua pengusaha sarang burung walet & kakitangan DVS yang terlibat.
  2. Pendaftaran kakitangan DVS/ KPKM (federal) adalah melalui portal; Sistem Profil Latihan KPKM Sistem Profil Latihan V2 (kpkm.gov.my)
  3. Pendaftaran kakitangan DVS Negeri & pengusaha sarang burung walet adalah melalui portal Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN) JPA Malaysia https://www.dtims.intan.my/login
  4. Bagi pengusaha sarang burung walet: sila semak Keperluan/ Persediaan untuk Latihan Sistem Blockchain MyWalet pada hari ke-2.
  5. Sijil kehadiran hanya akan diberi kepada peserta yang lengkap menyelesaikan program dan menjawab penilaian kursus pada hari terakhir program.
  6. Penginapan: hanya kepada staf jabatan PETUGAS, AVD (Sebarang persoalan boleh hubungi urusetia)
  7. Makan minum: disediakan semasa program
  8. Pengangkutan: sendiri
  9. Anjuran: SPPV BRV & UAH BPIT DVS Putrajaya
  10. Urusetia: Rohaya 03-88702075 upvdn@dvs.gov.my; Jue 03-88702454 uah@dvs.gov.my
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 13/06/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN RUMAH BURUNG WALET DAN PENGENALAN SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: TAKLIMAT GOOD ANIMAL HUSBANDRY PRACTICE (GAHP) RUMAH BURUNG WALET: KEPERLUAN MYGAP WALET
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: TAKLIMAT DAN PEMBAHAGIAN KUMPULAN PEMERIKSAAN LAPANGAN DAN AUDIT KEAKURAN MYGAP PREMIS WALET.
Hari Ke-2 | 14/06/2024 | Jumaat
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENDAFTARAN PREMIS DAN PENGENALAN SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENERANGAN APLIKASI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PRAKTIKAL APLIKASI SISTEM BLOCKCHAIN MYWALET