Carian Kursus

[ KAD1003 ] Bengkel Pengindeksan dan Pengabstrakan Bahan Perpustakaan [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi peluang kepada penjawat awam terutama dalam kalangan profesional maklumat dalam penghasilan indeks dan abstrak yang berkualiti untuk sesuatu bahan penerbitan atau penulisan. Indeks dan abstrak merupakan dua alat pencarian maklumat yang boleh membantu para pembaca menentukan sama ada kandungan penerbitan itu sesuai atau tidak dengan kehendak serta keperluan maklumat mereka.  Selain mereka yang terlibat dalam perkhidmatan maklumat, kursus ini juga memberi peluang kepada penjawat awam yang terlibat dalam penulisan akademik atau penerbitan ilmiah menghasilkan indeks dan abstrak yang tepat dan relevan.

Objektif Kursus
  1. Meningkatkan pengetahuan dan kemahiran peserta terhadap kerja-kerja mengindeks dan mengabstrak bahan penulisan/perpustakaan.
  2. Memberi pendedahan kepada peserta mengenai peranan indeks dan abstrak sebagai alat penting dalam pencarian maklumat yang berkesan.
  3. Membimbing para peserta bagi menghasilkan indeks dan abstrak yang berkualiti.
Syarat Tambahan

Kursus ini terbuka kepada penjawat awam gred 5 hingga gred 13.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 03/09/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Indeks
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peraturan dan Teknik-teknik Asas Mengindeks Bahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Menyusun Indeks
Hari Ke-2 | 04/09/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Abstrak
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Peraturan dan Teknik-teknik Asas Mengabstrak Bahan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan Menulis Abstrak