Carian Kursus

[ ICB0077 ] AI PHOTOGRAPHY FOR MEDIA PROFESSIONALS [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Perkembangan pesat teknologi kecerdasan buatan (AI) telah mengubah landskap industri fotografi dan media secara signifikan. Penggunaan AI bukan sahaja mempercepatkan proses penghasilan imej, malah meningkatkan keupayaan menghasilkan visual berkualiti tinggi dengan lebih efisien.

Seiring dengan keperluan semasa, jurufotografi sektor awam perlu menguasai kemahiran baharu yang menggabungkan asas fotografi tradisional dengan teknologi AI.Justeru kursus ini dirangka bagi memperkasakan jurufotografi dalam menggunakan AI sebagai alat strategik bagi penghasilan imej media.

Objektif Kursus
  1. I. Memberi pendedahan kepada penggunaan AI dalam fotografi media.
  2. II. Meningkatkan kemahiran menghasilkan imej menggunakan teknik prompting yang tepat.
  3. III. Mengaplikasikan AI dalam aliran kerja fotografi harian.
  4. IV. Menghasilkan visual berkualiti tinggi, konsisten dan menepati standard editorial.
  5. V. Memahami pengurusan aset visual termasuk metadata dan bank imej.
Modul/Topik
Hari Pertama | 23/06/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ice-Breaker: • Dari Operator Kamera ke Strategis Visual Modul 1: • Pengenalan Platform AI & Terjemahan Tetapan Kamera ke Prompt Teks
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Prompting Lanjutan - Lensa, Pencahayaan, Komposisi & Konsistensi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • Kualiti & Ketepatan Visual - Mengendali Halusinasi AI & Kecacatan Imej • Hands-On Lab: Mencipta Semula Brief Foto Tradisional Menggunakan AI
Hari Ke-2 | 24/06/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • Prinsip Fotografi Stok & Kesesuaian Penggunaan Stok AI
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Strategi Stok AI - Mengurangkan Kos untuk Sesi Penggambaran Berisiko Tinggi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: • Standard Editorial - Upscaling, Kualiti Teknikal & Metadata untuk Penerbitan’
Hari Ke-3 | 25/06/2026 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: • Automasi dalam Aliran Kerja Foto Stok - Batch Generation
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: • Pengurusan Fail, Metadata, dan Tadbir Urus Bank Imej
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Simulasi Berkumpulan: • "The Campaign War Room" - Produksi Aset Visual End-to-End • Pembentangan Portfolio Akhir.