Carian Kursus

[ UZA0026 ] Kursus Integriti Maklumat: Gamifikasi [ Siri 3/2021 ]

Sinopsis Kursus

Peranan penjawat awam amat penting dalam membantu menyampaikan aspirasi Kerajaan melalui pelaksanaan semua dasar secara efektif dan penuh dedikasi. Penjawat awam secara keseluruhannya adalah bertanggungjawab mentadbir negara dengan baik serta penuh berintegriti bagi menghindari negara terjerumus ke dalam kemelut yang boleh menggugat ketenteraman awam seterusnya mencetuskan permusuhan antara kaum yang mana pada akhirnya membawa kepada kehilangan kepercayaan masyarakat kepada pentadbiran Kerajaan. Tidak dinafikan bahawa sektor perkhidmatan awam merupakan penyumbang terbesar kepada negara. Justeru itu, penjawat awam perlu bersedia untuk menangani dan mengurus cabaran baru sejajar dengan trend global perkembangan kemajuan teknologi informasi kerana ia memberikan impak sangat ketara terhadap penyampaian perkhidmatan awam kepada masyarakat.

Melalui kursus ini, diharapkan para peserta lebih peka kepada peranan tanggungjawab masing-masing semasa menguruskan Integriti Maklumat di jabatan. Dalam hal urusan melibatkan penggunaan media sosial pula, penjawat awam juga perlu mengetahui etika dan prinsip penggunaannya dengan berhemah agar rahsia kerajaan tidak dikompromi atau terlepas kepada pihak luar tanpa kebenaran yang sah.

Objektif Kursus
  1. Menyenaraikan konsep dan falsafah integriti dengan lengkap berdasarkan pembudayaan etika dalam Perkhidmatan Awam;
  2. Mengaplikasikan kawalan pengendalian dokumentasi fizikal mengikut kategori maklumat secara sistematik dengan merujuk Dasar Keselamatan Perlindungan dan Pengurusan Rekod Rasmi Kerajaan; dan
  3. Mengklasifikasikan taraf maklumat bagi menjaga kepentingan jabatan dan keharmonian ketenteraman awam secara tepat sebelum sesuatu edaran / hebahan dilakukan berpandukan bimbingan, simulasi dan Latih Amal yang dipelajari.
Syarat Tambahan

BERSEMUKA

Etika Pakaian yang ditetapkan sepanjang kursus adalah berpakaian sukan lengkap, kecuali pada dua slot akhir iaitu pada Slot 8 (24.2.2020: 1430 - 1630) dan Slot 9 (25.2.2020: 0830 - 1300). Peserta adalah digalakkan membawa bersama mic earphone masing-masing bagi kegunaan semasa sesi ceramah secara atas talian bersama penceramah Cybersecurity Malaysia, KKMM.

DALAM TALIAN

Namun sekiranya keadaan belum dibenarkan oleh MKN dan KKM untuk dilaksanakan secara bersemuka maka kursus ini akan dipinda secara Dalam Talian pada 25 Oktober 2021 (sehari sahaja).

Modul/Topik
Hari Pertama | 25/10/2021 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: SLOT 1: CyberSAFE: Sedar...kah Anda?
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: SLOT 2: Teknik Efektif Penyediaan Maklumat (TEPM)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: SLOT 2: Teknik Efektif Penyediaan Maklumat (TEPM) (Sambungan)