Carian Kursus

[ MMA0001 ] KURSUS PENGENDALIAN DRON BAGI AGRICULTURE DRONE PILOT (ADP) - (UPSKILLING PP) [ Siri 1/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah anjuran Bahagian Pembangunan Kapasiti dan Latihan Pertanian (BPKLP), Kementerian Pertanian Dan Keterjaminan Makanan (KPKM). Kursus ini terbuka kepada pegawai pengembangan yang akan mengendalikan drone mahupun pegawai yang perlu memberikan bimbingan kepada golongan sasar untuk mendalami teknologi dron dalam pertanian. Teknologi dron telah menjadi suatu pendekatan penting dalam ‘Pertanian Pintar’ atau ‘Smart Farming’ dan ‘Pertanian Tepat’ atau ‘Presician Farming’ dalam peningkatan hasil pertanian serta pemindahan teknologi kepada golongan sasar. Dron dipilih sebagai peranti pilihan kerana relevan sebagai salah satu bentuk penyelesaian kepada pelbagai industri masa kini termasuk pertanian. 

Objektif Kursus
  1. Sebagai platform yang menyediakan pengetahuan dan peningkatan kemahiran kepada pengedali dron tentang peranan ADP serta teknik pengendalian dron dalam kerja-kerja di sektor pertanian.
  2. Memberikan pendedahan kepada undang-undang dan memahami fungsi-fungsi badan yang berkaitan dalam penggunaan dan pengendalian dron di Malaysia.
  3. Memberikan keyakinan kepada pegawai-pegawai yang dilantik sebagai ADP untuk melibatkan diri dan mendalami penggunaan dron bagi modenisasi sektor pertanian .
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Terbuka untuk pegawai dan kakitangan yang dilantik sebagai pengendali dron bagi Jabatan dan Agensi di bawah KPKM

Modul/Topik
Hari Pertama | 19/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengenalan Drone Imej, Drone Pertanian dan Permit AWC CAAM
SESI 2 : 08.30 Malam - 10.30 Malam
: Meteorology and Risk Assessment
Hari Ke-2 | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Undang-Undang Udara Berkaitan CAAM dan Racun Makhluk Perosak(RMP)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: UAS Operating Principle UAS Direction Sensing and Navigation
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pre Flight Checklist and Preparation dan Asas Penerbangan Drone
: Planning Drone Route and Site Mission
Hari Ke-3 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Ujian Amali Pengendalian Drone Pertanian (Mengikut Kumpulan)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Ujian Teori Penilaian Dan penutup