Carian Kursus

[ KCA0058 ] Kursus Pengenalan Kepada Pembangunan Bahan Kursus e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA) [ Siri 1/2025 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini adalah kursus terbuka dan merupakan pra-syarat bagi agensi-agensi yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus E-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®). Peserta yang berhasrat untuk membangunkan bahan kursus bagi agensi masing-masing adalah diberikan keutamaan. Peserta akan diberi bimbingan secara teoritikal dan fizikal dalam membangunkan bahan kursus serta penerangan lengkap mengenai proses pembangunan bahan kursus agar pembangun modul mematuhi Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan proses pembangunan bahan kursus EPSA® bertepatan dengan Garis Panduan Pembangunan Bahan Kursus EPSA®.
  2. Menerangkan struktur dan kaedah asas dalam penyediaan bahan kursus EPSA®.
  3. Mengenal pasti elemen multimedia dan reka bentuk teknikal dalam pembangunan bahan kursus EPSA®.
Syarat Tambahan

Digalakkan penyertaan daripada agensi yang mempunyai perancangan untuk membangunkan bahan kursus.

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 08/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada e-Pembelajaran Sektor Awam (EPSA®) dan Proses Pembangunan Bahan Kursus EPSA®
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Pengenalan Kepada Struktur Bahan Kursus EPSA® • Latihan Pembangunan Struktur Bahan Kursus
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Elemen Multimedia dan Reka bentuk Teknikal Bahan Kursus EPSA® • Latihan Pembangunan Struktur Bahan Kursus • Kahoot/Quizzes
Hari Ke-2 | 09/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Requirement & Analysis • Mind Mapping • Latihan Mind Map
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Concept Design • Instructional Design • Latihan Pembangunan Lesson Map
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Kaedah menukarkan slaid mengajar kepada slaid EPSA • Pembangunan Storyboard • Kahoot/Quizzes
Hari Ke-3 | 10/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyediaan Bahan Kursus EPSA® • Pembangunan Storyboard • Penyediaan Skrip Voice Over
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Latihan dan Sesi perbincangan • Pembentangan Storyboard dan Skrip Voice Over
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Latihan dan Sesi perbincangan • Pembentangan Storyboard dan Skrip Voice Over • Kahoot/Quizzes