Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan dan latihan kepada penjawat awam berkenaan pengurusan imej dan keterampilan diri yang lebih rapi selari dengan norma dan kod etika pemakaian bagi meningkatkan keyakinan diri dan menonjolkan kewibawaan serta identiti tersendiri individu tersebut.
Untuk pegawai dari Mahkamah Negeri Kelantan sahaja;
Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus sebelum tarikh kursus;
Sukacita kiranya tuan/puan dapat memberikan pengesahan kehadiran melalui dashboard pengguna (www.dtims.intan.my); dan
Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENDAFTARAN DAN TAKLIMAT MALAYSIA MADANI | |
: | PERANAN IMEJ & KETERAMPILAN DIRI (TRANSFORMASI PENJAWAT AWAM) | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MEMAHAMI JENIS BENTUK BADAN, PENAMPILAN DIRI DAN TATARIAS | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIH AMAL |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | PENGARUH PSIKOLOGI WARNA | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PENAMPILAN DAN PEMILIHAN PAKAIAN MENGIKUT KESESUAIAN ACARA | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | LATIH AMAL/PERSEMBAHAN KUMPULAN/RUMUSAN & PENILAIAN |