Carian Kursus

[ KLA0002 ] Leadership Gaps [ Siri 2/2025 ]

Sinopsis Kursus

“Your leadership ability is determined by their leadership gap.”- Lolly Daskal -

  1. Jurang kepimpinan berlaku apabila terdapat perbezaan antara kompetensi dan kualiti yang diperlukan oleh organisasi dan apa yang dimiliki oleh pemimpinnya. Jurang ini sering melibatkan kekurangan kemahiran kepimpinan yang penting, seperti pemikiran strategik, komunikasi, atau kebolehsuaian untuk berubah. Mentakrifkan fenomena ini adalah penting untuk memahami implikasinya terhadap prestasi dan keberkesanan organisasi.
     
  2. Manakala leader’s block yakni keadaan lumpuh mental yang menghalang pembuatan keputusan, kreativiti dan inovasi dalam peranan kepimpinan juga acapkali terjadi pada zaman sekarang. Ia boleh nyata sebagai ketidakpastian, kekurangan motivasi, dan ketidakupayaan untuk membayangkan masa depan.
     
  3. Pada era pasca-normal ini, mencapai kesempurnaan pada seseorang pemimpin boleh dikatakan agak mustahil untuk dicapai. Apatah lagi dalam perkhidmatan awam yang sedang mendepani cabaran masa hadapan pada hari ini.
     
  4. Kursus ini bertujuan untuk membantu para pemimpin perkhidmatan awam melihat kekurangan kompetensi kepimpinan diri serta menggunakannya sebaiknya dan berfikir cara mustaid yang baharu.

KURSUS INI AKAN DILAKSANAKAN SECARA DALAM TALIAN (ONLINE)

Objektif Kursus
  1. Memahami elemen jurang kepimpinan.
  2. Mengenal pasti proses bagi mengurus jurang melalui kepimpinan strategik dalam organisasi.
  3. Menggunakan kaedah sistematik dalam kepimpinan bagi mengurus jurang dalam organisasi dan perubahan.
Brosur/Dokumen
Syarat Tambahan

Bagi memaksimumkan manfaat kursus, penjawat awam gred 9 - 15 yang hendak memohon adalah disarankan menepati prasyarat berikut:

  • Telah berkhidmat sekurang - kurangnya lima (5) tahun.

 

KURSUS INI TELAH DIBATALKAN & DILAKSANAKAN KURSUS GANTI PADA 30 JUN - 2 JULAI 2025

Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 15/04/2025 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Mind The Gap
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Leadership Transformed
Hari Ke-2 | 16/04/2025 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Khalifah Kafi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Leading Sui Generis
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Leading & Thinking
Hari Ke-3 | 17/04/2025 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Leadership Gap Analysis
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Leaders Block
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Leading In A Meeting