Carian Kursus

[ BZA0025 ] Kursus Pengurusan Aset Alih [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Pengurusan aset alih yang sistematik dan teratur merupakan salah satu elemen yang penting dalam menentukan kecemerlangan Pengursan Kewangan sesebuah jabatan Kerajaan. Pengurusan aset alih yang lemah dan tidak teratur boleh menyebabkan kerugian yang besar kepada kerajaan disebabkan oleh kehilangan dan kerosakkan aset alih yang sering berlaku di jabatan-jabatan kerajaan. Kelemahan-kelemahan yang sering dibangkitkan oleh Ketua Audit Negara juga perlu diberikan perhatian yang serius dalam usaha memberikan perkhidmatan yang berkesan kepada rakyat.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan kepentingan Pengurusan Aset Alih Kerajaan dalam mencapai akauntabiliti dalam kalangan penjawat awam.
  2. Mengaplikasikan Pengurusan Aset Alih Kerajaan secara sistematik berpandukan peraturan-peraturan yang sedang berkuatkuasa.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih menghadiri kursus dalam talian:

1. Tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya dan hanya perlu berada ditempat masing-masing.

2. Hendaklah log in kepada goggle Meet pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3. Dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4. Boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Googgle Meet.

5. Mengekalkan adab tatasusila semasa pengunaan chat window Google Meet.

6. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil kehadiran kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 01/08/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGENALAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENERIMAAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: PENDAFTARAN
Hari Ke-2 | 02/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: PENGGUNAAN, PENYIMPANAN DAN PEMERIKSAAN
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PENYELENGGARAAN DAN PINDAHAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: LATIH AMAL 1
Hari Ke-3 | 03/08/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL 2
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: PELUPUSAN
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: KEHILANGAN DAN HAPUS KIRA
Hari Ke-4 | 04/08/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: LATIH AMAL 3
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: LATIH AMAL, REFLEKSI, PENILAIAN DAN PENUTUPAN KURSUS