Carian Kursus

[ BZA0023 ] Kursus Penyeliaan Berkesan (Asas) [ Siri 1/2022 ]

Sinopsis Kursus

Peserta memperoleh lebih banyak kemahiran dalam bidang kepimpinan dan penyeliaan serta membincangkan isu-isu yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja. Melatih penjawat awam untuk mempunyai kemahiran-kemahiran asas untuk memimpin dan menyelia secara berkesan.

Objektif Kursus
  1. Menjelaskan konsep kepimpinan dan prinsip-prinsip organisasi dengan betul
  2. Mengenal pasti kaedah-kaedah yang tepat dan betul untuk menyelesaikan masalah yang lazim dihadapi oleh penyelia di tempat kerja.
  3. Mengenal pasti dengan betul teknik motivasi dan kaunseling sebagai penyelia di organisasi
Syarat Tambahan
  • Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

          1.    Peserta perlu membuat pengesahan maklum balas kehadiran melalui pautan www.dtims.intan.my.

          2.   Tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Sabah sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya. Hanya perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam.

          3.    Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.20 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.

          4.    Menetapkan webcam pada mod ON semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.

          5.    Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.

          6.    Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                            

          7.    Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.

          8.    Membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 23/05/2022 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan kepada Kepimpinan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Prinsip-Prinsip Organisasi
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pengurusan Penyeliaan Dalam Organisasi
Hari Ke-2 | 24/05/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Komunikasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Dasar-Dasar Kerajaan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes 1
Hari Ke-3 | 25/05/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Motivasi
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kaunseling
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kajian Kes II
Hari Ke-4 | 26/05/2022 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kajian Kes I
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kajian Kes II