Pada masa kini, kepelbagaian perkhidmatan yang disediakan secara digital oleh pihak Kerajaan dalam bidang pendidikan, pekerjaan, kerjaya, kewangan, kebajikan dan sebagainya telah memudahkan rakyat untuk mengakses maklumat dan berurusan dengan agensi kerajaan secara digital pada bila-bila masa dan di mana sahaja berada. Penyampaian perkhidmatan yang efisien dan pantas merupakan perkara penting bagi memastikan rakyat mendapatkan good experience semasa berurusan secara maya menerusi kepelbagaian platform dan pelayar/browser.
Sehubungan itu, pelaksanaan pengujian prestasi terhadap sistem aplikasi kerajaan adalah amat penting untuk dilaksanakan bagi memastikan kecekapan penyampaian perkhidmatan dapat dicapai di samping meningkatkan kualiti perisian aplikasi sektor awam serta menjimatkan kos pelaksanaan projek.
Oleh yang demikian, itu beberapa sesi perkongsian ilmu secara Bootcamp perlu dijalankan sebagai platform panduan dan rujukan yang standard agar pelaksanaan ujian prestasi dapat dilaksanakan dengan cara yang konsisten dan mengikut amalan terbaik pengujian berdasarkan kepada keperluan agensi-agensi kerajaan, swasta serta pengamal-pengamal (practitioner) bidang pengujian sistem.
Permintaan daripada agensi kerajaan termasuk badan berkanun terhadap khidmat perundingan dan khidmat nasihat pengujian prestasi yang disediakan oleh Unit MyTCoE semakin bertambah juga mendorong JDN untuk kekal mengadakan sesi bootcamp ini saban tahun.
Perbelanjaan perjalanan dan penginapan peserta adalah ditanggung oleh agensi masing-masing.
Peserta haruslah PERNAH MENGIKUTI BOOTCAMP PENGUJIAN PRESTASI (ASAS) yang dianjurkan pada tahun-tahun lalu untuk memohon kursus ini.
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Taklimat dan Majlis Perasmian | |
| : | Pengenalan kepada Pengujian Pretasi Berprestasi Tinggi | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Teknik Pembangunan Pelan Pengujian Prestasi Berprestasi Tinggi | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Installasi dan Konfigurasi JMeter |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pengujian Prestasi Secara Teragih | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pengujian Prestasi Secara Teragih (Sambungan) | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pembangunan Skrip Pengujian Mengandungi Attachment |
| Masa/Sesi | Topik | |
|---|---|---|
| SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
| : | Pembangunan Skrip Pengujian API | |
| SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
| : | Pembangunan Skrip Pengujian JDBC | |
| SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
| : | Pembangunan Skrip Pengujian Berdasarkan Access Log Sampler |