Kursus ini bertujuan untuk memberikan pengetahuan berkaitan pengurusan aset Kerajaan. Sepanjang 3 hari berkursus, para peserta akan didedahkan dengan Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan yang betul dan baik selaras dengan Pekeliling Perbendaharaan AM 2.1 hingga AM 2.8 bagi memastikan aset Kerajaan dapat diurus dengan lebih bersistematik. Kursus ini turut bertujuan untuk memastikan aset alih Kerajaan dapat diurus mengikut peraturan-peraturan yang berkuatkuasa.
Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus bersemuka perlu mematuhi syarat-syarat tambahan bagi Kursus Secara Bersemuka berikut:
1. Tidak berasal dari zon merah Covid-19 dan hanya di tawarkan kepada peserta dari Negeri Johor sahaja. Jika rumah/pejabat tuan/puan diisytiharkan zon merah atau perlu dikuarantin, sila maklumkan lebih awal kepada pihak urus setia untuk membatalkan penyertaan kursus.
2. Mendaftar masuk ke penginapan INTAN Kampus Wilayah Selatan (IKWAS) sebelum jam 4.30 petang sehari sebelum kursus bermula.
3. Memuat turun buku program dan nota kursus sebelum kursus bermula melalui pautan kursus berkenaan di www.dtims.intan.my.
4. Menetapkan telefon bimbit pada mod SENYAP sepanjang sesi pembelajaran.
5. Bersedia di bilik kursus 5 minit lebih awal sebelum sesi pembelajaran bermula. Pastikan tandatangan buku kehadiran atau scan QR Code setiap kali hadir ke sesi pembelajaran.
6. Menyelesaikan pre test pada awal kursus dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia semasa taklimat kursus.
7. Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan. Kekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi dan beri laluan kepada penceramah/peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.
8. Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri kursus. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia dan penceramah.
9. Mematuhi larangan premis Kerajaan bebas rokok dan peraturan-peraturan lain berkuatkuasa semasa.
10. Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.
Para Peserta juga dikehendaki mematuhi perkara-perkara semasa menghadiri Kursus Secara Dalam Talian seperti berikut:
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AM 1.1: Pengurusan Aset Kerajaan | |
: | AM2.1: Tatacara Pengurusan Aset Alih Kerajaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM2.2: Penerimaan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | AM2.3 Pendaftaran |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AM2.4 Penggunan Penyimpanan dan Pemeriksaan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM2.5: Penyelenggaraan | |
: | AM2.6: Pindahan | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Latih Amal (Pendaftaran dan Pemeriksaan) |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | AM2.7: Pelupusan | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | AM2.8: Kehilangan dan Hapuskira | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | Kajian Kes | |
: | Isu-isu Pengurusan Aset Alih Kerajaan | |
: | Penilaian dan Penutup |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | Taklimat dan Ice Breaking |