Carian Kursus

[ TZA0007 ] Kursus Tatacara Pengurusan Stor dalam Pengurusan Kewangan Negara [ Siri 2/2023 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini khusus untuk penjawat awam yang menerangkan mengenai Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan yang sistematik dan betul berdasarkan kepada Pekeliling Perbendaharaan Semasa yang berkuatkuasa. Semua Penjawat Awam yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam pengurusan stor adalah digalakkan untuk menyertai kursus ini.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan aspek-aspek penting dalam pengurusan stor selaras dengan PP - Tatacara Pengurusan Stor dan peraturan-peraturan yang berkuat kuasa;
  2. Mengenal pasti punca-punca berlakunya ketidakakuran dalam pengurusan stor; dan
  3. Menerangkan amalan-amalan pengurusan stor yang terbaik berdasarkan Tatacara Pengurusan Stor yang termaktub dalam Pekeliling Perbendaharaan.
Syarat Tambahan

Peserta perlu mematuhi syarat-syarat tambahan berikut:

  • Perlu berada di tempat masing-masing dengan akses kepada komputer berinternet, mikrofon dan webcam. Peserta tidak perlu hadir secara fizikal ke INTAN Kampus Wilayah Timur (INTIM) sama ada untuk pendaftaran, menghadiri kuliah dan sebagainya.
  • Perlu mengikuti sepenuhnya aktiviti kursus 80% tanpa gagal.
  • Mendaftar masuk ke platform dalam talian yang telah ditetapkan tepat jam 8.30 pagi pada hari berkursus. Link ke platform akan diedarkan oleh urus setia kursus sehari sebelum kursus bermula.
  • Menyelesaikan pre test pada awal sesi program dan post test pada akhir kursus. Link kepada pre dan post test akan diberikan oleh urus setia di ruangan chat window.
  • Menetapkan webcam pada mod ON yang menunjukkan imej hidup (live image) semasa kursus berlangsung dan menetapkan mikrofon pada mod OFF sekiranya tidak digunakan.
  • Mengemukakan soalan atau maklum balas semasa sesi pembelajaran dengan mengangkat tangan sebelum menetapkan mikrofon pada mod ON atau taip melalui ruangan chat window.
  • Mengekalkan adab tatasusila semasa berinteraksi menerusi ruangan chat window. Beri laluan kepada penceramah/ peserta lain untuk turut berkongsi maklumat.                           
  • Memastikan bebas daripada aktiviti lain semasa menghadiri program latihan. Sekiranya perlu menguruskan hal penting yang tidak dapat dielakkan, sila maklumkan kepada urus setia melalui ruangan chat window.
  • Membuat penilaian kursus melalui pautan www.dtims.intan.my bagi memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir program.
Modul/Topik Muat Turun
Hari Pertama | 19/06/2023 | Isnin
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan : Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penerimaan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Merekod Stok
Hari Ke-2 | 20/06/2023 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Penyimpanan Stok
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pengeluaran Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pemeriksaan (Verifikasi Stor)
Hari Ke-3 | 21/06/2023 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Keselamatan dan Kebersihan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pindahan dan Pelupusan Stok
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kehilangan dan Hapus Kira
Hari Ke-4 | 22/06/2023 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pembentangan Kumpulan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Pembentangan Kumpulan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Rumusan dan Penutupan Kursus