Carian Kursus

[ KCA0016 ] Kursus Pengurusan Projek ICT [ Siri 2/2024 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini memberi pendedahan kepada peserta berkenaan Pengurusan Projek ICT menggunakan Panduan Pengurusan Projek ICT Sektor Awam (PPrISA) yang dibangunkan oleh MAMPU. 

Peserta akan dapat mengenal pasti fasa-fasa dalam Pengurusan Projek ICT, menerangkan panduan asas penyediaan Dokumen Permulaan Projek (DPP) dan Pelan Pengurusan Projek (PPP) berdasarkan Metodologi PPrISA.

Kursus dan aktiviti hands-on kepada para peserta dilaksanakan secara dalam talian.

Objektif Kursus
  1. Mengenal pasti fasa-fasa dalam Pengurusan Projek ICT berdasarkan Metodologi PPrISA.
    Identify the phases in ICT Project Management based on the PPrISA Methodology.
  2. Menerangkan panduan asas penyediaan Dokumen Permulaan Projek (DPP) dan Pelan Pengurusan Projek (PPP) berdasarkan Metodologi PPrISA.
    Explain the basic guidelines for the preparation of Project Initiation Documents (DPP) and Project Management Plans (PPP) based on the PPrISA Methodology.
Syarat Tambahan
  1. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK menerima sijil kehadiran kursus.
  2. Pihak urus setia kursus beranggapan tuan/puan MENOLAK tawaran ini sekiranya tidak menerima pengesahan kehadiran pada tarikh yang ditetapkan. Sebarang rayuan selepas tarikh tutup pengesahan kehadiran tidak akan dilayan. Pautan kursus akan diemelkan kepada peserta yang memberi pengesahan kehadiran HADIR sahaja.
  3. Terhad kepada 30 orang peserta.
Modul/Topik
Hari Pertama | 11/06/2024 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pengenalan Projek ICT
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Fasa 1 : Permulaan - Dokumen Permulaan Projek (DPP)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Penyediaan Dokumen Permulaan Projek (DPP)
Hari Ke-2 | 12/06/2024 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fasa 2 : Perancangan - Dokumen Pelan Pengurusan Projek (PPP)
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Penyediaan Dokumen Pelan Pengurusan Projek (PPP)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan : Pelan Pengurusan Projek
Hari Ke-3 | 13/06/2024 | Khamis
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Fasa 3 : Fasa Pelaksanaan & Kawalan Projek
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Fasa 4 : Penamatan Projek
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Pembentangan Kumpulan : Pelan Pelaksanaan & Penamatan Projek