Carian Kursus

[ BZA0002 ] Kursus Audit Dalam Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) [ Siri 3/2022 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini akan menerangkan kaedah pengauditan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) selaras dengan Garis Panduan yang ditetapkan oleh MAMPU.

Objektif Kursus
  1. Menerangkan elemen-elemen penting berkaitan audit dalam pelaksanaan amalan Ekosistem Kondusif Sektor Awam (EKSA) dengan tepat berdasarkan Garis Panduan Pelaksanaan EKSA MAMPU;
  2. Mengaplikasikan kaedah pelaksanaan audit dalam dengan sistematik dan
  3. Menyediakan Laporan Audit yang komprehensif berdasarkan aspek penilaian kriteria audit MAMPU.
Syarat Tambahan

Peserta yang telah dipilih untuk menghadiri kursus dalam talian ;

1.       tidak perlu datang ke INTAN Kampus Sabah secara fizikal samaada untuk pendaftaran dan sebagainya. Hanya perlu berada ditempat masing-masing.

2.       hendaklah log in kepada ZOOM pada jam 8.30 pagi pada hari berkursus.

3.       dipohon untuk menggunakan kamera semasa kursus dalam talian berlangsung dan menutup audio sekiranya tidak digunakan.

4.       boleh mengemukakan soalan semasa sesi pembelajaran atau melalui chat window Zoom.

5.       mengekalkan adab tatasusila semasa penggunaan chat window Zoom.

6.       membuat penilaian kursus  melalui pautan www.dtims.intan.my dan akan memperolehi Sijil Kehadiran Kursus pada hari terakhir kursus.

Modul/Topik
Hari Pertama | 09/08/2022 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Pendaftaran Kursus & Pengenalan kepada EKSA & Audit Dalam
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Kriteria Penilaian EKSA
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Kriteria Penilaian EKSA (smbg)
Hari Ke-2 | 10/08/2022 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Latih Amal Audit Dalam EKSA
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Petang
: Perbincangan Kumpulan & Penyediaan Laporan
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Persembahan Laporan Audit & Refleksi dan Penilaian Penutupan