Kursus ini adalah bertujuan untuk memberikan pendedahan peserta mengenai PKPA Bilangan 1 Tahun 2008 dalam aspek Pengurusan Perhubungan Pelanggan. Kursus ini juga bertujuan meningkatkan kemahiran peserta dalam menguruskan pelanggan di jabatan/agensi masing-masing untuk menawarkan perkhidmatan secara berkesan yang dapat memenuhi kehendak dan kepuasan pelanggan.
1. Peserta perlu mendapatkan pelepasan daripada Ketua Jabatan terlebih dahulu sebelum menghadiri kursus;
2. Sepanjang tempoh kursus dijalankan, peserta adalah diwajibkan untuk menghadiri sepenuhnya aktiviti yang telah ditetapkan. Ketidakhadiran sebanyak 20% daripada keseluruhan aktiviti kursus akan menyebabkan peserta TIDAK LAYAK untuk dianugerahkan sijil kehadiran kursus;
3. Para peserta dikehendaki berpakaian kemas semasa berkursus. Peserta lelaki dikehendaki memakai tali leher, berbaju lengan panjang. Bagi peserta wanita dikehendaki berpakaian sopan. Para peserta juga dikehendaki memakai tag nama yang digunakan di Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing.
4. Peserta kelainan upaya (OKU) atau mempunyai masalah kesihatan adalah diwajibkan untuk memaklumkan kepada urus setia kursus seminggu sebelum tarikh kursus;
5. Makan pagi dan tengahari sepanjang kursus akan disediakan oleh pihak INTIM, kecuali makan tengah hari pada hari terakhir kursus TIDAK disediakan. Buku program tidak akan dicetak mulai tahun 2021 selaras dengan dasar penjimatan INTAN. Edaran buku program akan dibuat secara dalam talian sahaja dan boleh dimuat turun melalui portal DTIMS;
6. Sejumlah RM30.00 (tunai) akan dikutip dari setiap peserta sebagai yuran pendaftaran kursus pada hari pertama kursus. Resit rasmi akan dikeluarkan bagi membolehkan para peserta membuat tuntutan semula daripada Kementerian/ Jabatan/ Agensi /Institusi masing-masing; dan
7. Peraturan-peraturan semasa kursus akan dimaklumkan kepada tuan/puan pada hari pendaftaran.
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | TAKLIMAT KURSUS & TAKLIMAT MADANI | |
: | KONSEP PERKHIDMATAN PELANGGAN BERKUALITI | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | PERKHIDMATAN KAUNTER & TELEFON BERKUALITI | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | HUBUNGAN INTERPERSONAL |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | MYSTERY SHOPPING | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | MYSTERY SHOPPING/ TUGASAN | |
SESI 3 | : | 02.30 Petang - 04.30 Petang |
: | PEMBENTANGAN MYSTERY SHOPPING |
Masa/Sesi | Topik | |
---|---|---|
SESI 1 | : | 08.30 Pagi - 10.30 Pagi |
: | KOMUNIKASI BERKESAN | |
SESI 2 | : | 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari |
: | IMEJ SEBAGAI PETUGAS BARISAN HADAPAN | |
: | RUMUSAN & PENILAIAN KURSUS |