Carian Kursus

[ FZA0010 ] Kursus Asas Keusahawanan [ Siri 1/2026 ]

Sinopsis Kursus

Kursus ini dilaksanakan untuk memberikan pendedahan, galakan, kesedaran dan minat terhadap bidang keusahawanan yang boleh diceburi selepas bersara. Pendekatan ini sekaligus mampu membantu bakal pesara meningkatkan pendapatan dengan membina perniagaan dalam tempoh persaraan.

Objektif Kursus
  1. Membantu Usahawan dan bakal usahawan dalam mendalami ilmu asas keusahawanan sebelum memulakan perniagaan
  2. Mengenal pasti ciri-ciri perniagaan francais yang utama sebelum memulakan perniagaan francais
  3. Mengetahui amalan pengurusan kewangan yang baik dalam perniagaan
Syarat Tambahan

Terma & Syarat

  • Kursus ini diutamakan kepada penjawat awam yang berumur 50 tahun dan ke atas.
  • Sekiranya terdapat kekosongan, peserta berumur 50 tahun ke bawah akan dipilih.

Maklumat  Tambahan

  • Berpakaian kemas dan sopan.
  • Bersedia di kelas sekurang-kurangnya 10 minit sebelum sesi bermula.
  • Kehadiran penuh 100%.
  • Melibatkan diri dalam aktiviti yang dijalankan (individu/berkumpulan).
Modul/Topik
Hari Pertama | 29/09/2026 | Selasa
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: TAKLIMAT MALAYSIA MADANI
: Membentuk minda perniagaan dan usahawan
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Formaliti perniagaan dan keusahawanan . “business plan” dan plan pemasaran
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Perancangan produk – “Shelf life”, keboleh pasaran Kajian permintaan vs tawaran, labeling dan pelesenan
Hari Ke-2 | 30/09/2026 | Rabu
Masa/Sesi Topik
SESI 1 : 08.30 Pagi - 10.30 Pagi
: Disiplin kewangan dalam perniagaan. Asas penyimpan kira dan PNL
SESI 2 : 11.00 Pagi - 01.00 Tengah Hari
: Konsep 3 P dalam mengurus produk (pengeluaran, permintaan dan penghantaran)
SESI 3 : 02.30 Petang - 04.30 Petang
: Konsep Perniagaan Francais